Senarai Penuh Bantuan Kewangan Kerajaan Untuk Bulan September 2021

Bantuan Kerajaan September 2021

Ramai yang ternanti-nanti akan bantuan kerajaan yang akan diberikan pada bulan yang akan datang. Maklumlah, boleh dikatakan semua rakyat sedang menghadapi ekonomi rumah yang amat terjejas. Oleh itu, di sini saya kongsikan beberapa bantuan kerajaan yang dijanjikan dan bakal diterima pada bulan September dan bulan-bulan yang akan datang ini.

Antara bantuan tersebut adalah seperti yang dibawah. Baca artikel selanjutnya untuk mengetahui tarikh bayaran dan juga cara permohonan bantuan-bantuan ini.

  1. Bantuan Khas Covid-19 (BKC)
  2. Pengeluaran i-Citra KWSP
  3. Program Prihatin Kasih (RM100 selama 3 bulan)
  4. Bakul Prihatin Negara
  5. Bantuan Warga Emas
  6. Bantuan Kanak-Kanak 2021
  7. Geran Khas Prihatin (GKP 4.0)
  8. Elaun Mencari Kerja

Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

Bantuan ini akan dibayar secara berperingkat bermula pada bulan Ogos 2021.

Anda tidak perlu membuat permohonan kerana semakan kelayakan akan dibuat berdasarkan data sedia ada seperti berikut:

  • Miskin Tegar & B40: Mengikut permohonan BPR 2021
  • M40: Percukaian (LHDNM)

Berapakah jumlah bantuan yang bakal diterima? Sila rujuk kategori di bawah:

Miskin Tegar (Isi Rumah) = RM500
B40 (Isi Rumah) = RM500
M40 (Isi Rumah) = RM250
Miskin Tegar (Bujang) = RM200
B40 (Bujang) = RM200
M40 (Bujang) = RM100

BKC: Bantuan Khas COVID-19 Semakan Dan Tarikh Bayaran BKC

Pengeluaran i-Citra KWSP

i-Citra adalah inisiatif kerajaan untuk memudahkan rakyat mengeluarkan wang KWSP dan dibayar bermula pada 2 Ogos 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi inisiatif ini, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

KWSP i-Citra: Permohonan Baru & Semak Status Pengeluaran RM5,000

Program Prihatin Kasih

Mulai 1 Julai 2021, penerima PRIHATIN Kasih akan menerima elaun sebanyak RM100 sebulan selama tiga bulan, dikreditkan terus ke dalam akaun MyKad mereka. Elaun ini kemudiannya boleh digunakan untuk membeli barang makanan asas di kedai runcit yang terdekat di kawasan mereka.

Kriteria penerima PRIHATIN Kasih diambil kira berdasarkan data yang diambil daripada pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) serta sistem e-Kasih. Maklumat ini kemudian akan disemak sekali lagi dengan data Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Melalui semakan ini, setiap isi rumah ketua keluarga akan dikreditkan elaun menggunakan MyKad.

Program Prihatin Kasih: Semakan Elaun RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Bakul Prihatin Negara

Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon bantuan ini sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.

Bantuan Warga Emas

Bantuan Kebajikan adalah bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan bantuan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

Warga emas akan mendapat bantuan sebanyak RM500/sebulan seorang.

Bantuan Kanak-Kanak 2021

Bantuan Kanak-kanak membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak atau membantu anak/ kanak-kanak yang tiada/kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan mengikut pecahan berikut :

i. RM200 seorang bagi anak berumur 6 tahun & ke bawah;
ii. RM150 seorang bagi anak berumur 7 tahun hingga 18 tahun; dan
iii. Kadar bantuan maksimum RM1000/keluarga sebulan

Jumlah kanak-kanak di Malaysia kurang

Geran Khas Prihatin (GKP 4.0)

Permohonan baharu GKP 4.0 seperti yang diumumkan di bawah Pakaj PEMULIH akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Pembayaran akan dibayar sebanyak 2 kali iaitu

  1. RM500 pada bulan September 2021, dan
  2. RM500 dibayar pada November 2021.

gkp 4.0

Elaun Mencari Kerja

Kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

Mereka yang layak akan mendapat dua bayaran seperti yang tertera:

  1. RM300 selama 2 bulan bagi mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs
  2. RM400 one-off bagi mereka yang kembali bekerja  dan mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu temuduga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan.

Maklumat Lanjut

Dengan ini, memang terdapat banyak bantuan-bantuan yang boleh dimohon atau moratorium yang boleh didapati jika anda mengisi permohonan dengan betul. Memang terdapat banyak syarat kelayakan yang perlu dipenuhi dan anda bolehlah membaca artikel-artikel bantuan kerajaan ini di MyInfoKerja.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment