Permohonan RM500 Setiap Bulan Untuk Golongan Warga Emas 2021!

Permohonan RM500 Bagi Warga Emas

Apa itu Skim Bantuan Kebajikan?

Bantuan Kebajikan adalah bantuan kewangan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disediakan kepada kumpulan sasar yang memerlukan bantuan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

Amaun Bantuan

Warga emas akan mendapat bantuan sebanyak RM500/sebulan seorang.

bantuan warga emas

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau
  • PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Warga emas yang bukan tinggal di :-
  • i. Institusi kendalian JKM
  • ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Cara-Cara Memohon

Cara-cara mohon adalah seperti berikut :-

  1. Layari laman web JKM BORANG PERMOHONAN
  2. Sila muat turun (download) & isi Borang JKM di pautan berikut :
    – JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
    – JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  3. Setelah itu klik “daftar permohonan”
  4. Isi maklumat anda “negeri” & “nombor kad pengenalan”
  5. Anda dikehendaki hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian, jika anda tidak menghadirkan diri ini akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik, rujuk DISINI
  6. Pemohon juga haruslah membawa dokumen sokongan untuk mohon bantuan tersebut, terdapat senarai dokumen tersebut dibawah.

Dokumen Sokongan Yang Perlu Dibawa

  • i. Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon
  • ii. Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • iii. Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU(Jika Kategori OKU)
  • iv. Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan(jika bekerja sendiri)
  • v. Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)
  • vi. Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Semakan Permohonan

Semakan kelayakan untuk bantuan warga emas ini perlu dibuat secara online/ atas talian. Anda boleh buat semakan permohonan di http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp

Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan & klik butang semak.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut & seabrang pertanyaan mengenai Bantuan JKM ini, sila hubungi JKM di talian dan alamat berikut :

Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 03 – 8000 8000

Faks : 03 – 8323 2045

 Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan ~ syarat kelayakan & permohonan

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment