TERKINI: Cara Kemaskini Permohonan GKP 4.0 (Bagi Status Permohonan Gagal)

Kemaskini Maklumat Akaun – Permohonan GKP 4.0 2021

Berita baik kepada pemohon Geran Khas Prihatin, pihak LHDN telah mengumumkan pembukaan untuk kemaskini Akaun Bank pemohon GKP bagi mereka yang menerima status Gagal Kredit.

Berikut adalah beberapa kaedah yang anda boleh gunapakai sekiranya status permohonan anda gagal sebelum ini.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

1. Status Permohonan GKP Tidak Layak kerana Gagal Kredit

Permohonan yang berstatus Tidak Layak kerana Gagal Kredit bayaran GKP akan diberi peluang untuk mengemasini maklumat Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi di menu Kemas kini No. Akaun pada Portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my/).

Akaun bank yang dikemaskini hendaklah mengikuti kriteria di bawah:

  1. Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan),
  2. berstatus aktif dan
  3. berdaftar menggunakan nombor kad pengenalan baharu pemohon.
  4. Pastikan juga nombor akaun bank yang dimasukkan adalah nombor akaun yang boleh digunakan bagi tujuan pengkreditan

2. Tidak mempunyai akaun bank selain dari akaun bank yang telah didaftarkan pada permohonan GKP sebelum ini

Pemohon dikehendaki untuk membuat pengesahan dengan pihak bank berkaitan status aktif akaun bank tersebut dan akaun bank itu adalah Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP (bukan akaun bank perniagaan).

Pemohon juga digalakkan membuka akaun bank baharu (Akaun Bank Peribadi atas nama pemohon GKP) bagi mengelakkan masalah gagal kredit berulang.

3. Gagal mengemukakan akaun bank simpanan / semasa untuk pembayaran semula GKP

Pemohon perlu mempunyai akaun bank simpanan / semasa kerana pembayaran semula GKP hanya dikreditkan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif sahaja.

GKP 4.0 PEMULIH: Semakan Dan Permohonan Geran Khas Prihatin 2021

Tarikh Penting Permohonan GKP 4.0

Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi permohonan GKP 4.0 yang ingin mengemaskini maklumat akaun permohonan.

Bilakah tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dilakukan?

Tarikh kemas kini maklumat Akaun Bank boleh dibuat pada portal GKP (https://gkp.hasil.gov.my) mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021.

Bilakah pembayaran semula GKP akan dilakukan bagi status Gagal Kredit?

Pembayaran semula GKP akan dilakukan selepas tamat tempoh permohonan kemas kini maklumat Akaun Bank.

Tarikh sebenar pembayaran semula GKP akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai permohonan GKP 4.0 boleh hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Soalan Lazim

1. Sekiranya saya mengemaskini maklumat Akaun Bank, adakah saya akan menerima bayaran semula GKP 1.0 / GKP 2.0 saya yang berstatus Gagal Kredit sebelum ini?

Pembayaran semula yang akan dilakukan adalah terhad kepada program GKP sepanjang tahun 2021 sahaja.

2. Sekiranya pembayaran GKP berstatus gagal kredit dan saya baru sahaja mengaktifkan Akaun Bank Simpanan Peribadi atau Akaun Bank Semasa Peribadi tersebut, adakah saya perlu membuat kemas kini akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan?

Ya. Anda perlu membuat kemas kini maklumat akaun bank dalam tempoh yang ditetapkan dengan memasukkan maklumat akaun bank yang sama memandangkan pembayaran semula hanya akan dikreditkan kepada pemohon yang mengemaskini maklumat akaun bank dalam tempoh tersebut.

 Permohonan Bantuan Kanak-Kanak Sehingga RM1,000 Sebulan ~ syarat kelayakan & permohonan

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

 

Leave a Comment