MOHON SEKARANG! Bantuan Elaun Mencari Pekerjaan Bagi Lepasan Graduan/Lepasan Sekolah/Penganggur

Elaun Mencari Pekerjaan (PERKESO)

Kerajaan akan memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) terutamanya graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

Siapakah yang layak memohon Elaun Mencari Pekerjaan?

Kategori penerima yang layak menerima Elaun Mencari Kerajaan adalah berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan oleh PERKESO:

  • Graduan baharu
  • Lepasan Sekolah
  • Pekerja sektor tidak formal

Cara Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan

Anda hendaklah membuat permohonan dan berdaftar di bawah platform MYFutureJobs kerana PERKESO akan memantau usaha pencarian pekerjaan mereka dengan bantuan PERKESO. Muat turun Aplikasi Prihatin PERKESO untuk mula memohon di Google Playstore atau Appstore.

Amaun Bayaran Elaun Mencari Pekerjaan

Mereka yang layak akan mendapat dua bayaran seperti yang tertera:

  1. RM300 selama 2 bulan bagi mereka yang berdaftar di bawah platform MYFutureJobs
  2. RM400 one-off bagi mereka yang kembali bekerja  dan mereka yang menerima sekurang-kurangnya satu temuduga dalam tempoh menerima Elaun Mencari Pekerjaan.

elaun

Syarat Kelayakan Penuh

  1. Individu kehilangan pekerjaan yang tidak dilindungi di bawah Sistem Insurans Pekerjaan
  2. Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti carian pekerjaan melalui portal MYFutureJobs
  3. Individu menganggur
  4. Menghadiri sekurang-kurangnya 6 temu duga dalam 2 bulan

syarat

Tarikh pendaftaran

Tarikh pendaftaran adalah dari 15 Julai sehingga 31 Disember 2021. Mohon sekarang!

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web MYFutureJobs.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

 

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment