Varian Delta (265 kes) dikesan dalam tempoh dua minggu
Kajian berterusan oleh tiga institut penyelidikan di negara ini telah mengenal pasti 265 kes varian yang membimbangkan (VOC) iaitu varian Delta (B.1.617.2) sejak 16 hingga 29 Ogos.
–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021
Intipati kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
- Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengenal pasti 39 kes varian Delta, Integrative Pharmacogenomics Institute (iPROMISE), Universiti Teknologi MARA (48 kes) dan Institute of Health and Community Medicine, Universiti Malaysia Sarawak (178 kes).
- Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhan di dunia sehingga kini bagi VOC, terdapat sebanyak 978 kes varian Delta, 209 kes varian Beta dan 14 kes varian Alpha.
- Tiga kes varian Delta dikesan masing-masing di Kalabakan dan Tawau, kata Pegawai Kesihatan Tawau, Dr G. Navindran.
- Ketiga-tiga kes itu dikesan minggu lalu selepas keputusan ujian saringan kesihatan pesakit diperolehi pihaknya dan ia melibatkan seorang pekerja sebuah ladang kelapa sawit dari Kluster Agathis.
- Kes itu dapat diatasi memandangkan kesemua pesakit telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 dan kini disahkan sembuh.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih