Bantuan RM1,000 PKS: Permohonan GKP 4.0 Dibuka HARI INI! ~ cara memohon & tarikh bayaran

GKP 4.0 PEMULIH

Permohonan Baharu GKP 4.0

Melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Geran Khas Prihatin (GKP 4.0) dengan bayaran RM1,000 kepada 1 juta usahawan.

“Memahami kesukaran yang dihadapi oleh pengusaha Pengusaha Kecil Sederhana (PKS) mikro pada masa ini, sukacita saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0.”

–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran

gkp 4.0

Apa itu GKP 4.0?

GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Ia adalah sambungan daripada GKP 1.0, 2.0 dan 3.0. GKP 3.0 telah diumumkan oleh Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.

Cara memohon

Permohonan baharu GKP 4.0 seperti yang diumumkan di bawah Pakaj PEMULIH akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 Julai 2021 bagi PKS Mikro yang tidak pernah menerima GKP sebelum ini.

Ikut langkah di panduan pengguna untuk membuat PERMOHONAN BAHARU DI SINI.

Permohonan akan dibuka secara online di laman web GKP LHDN seperti yang sebelum ini.

Semakan juga boleh dibuat di laman web tersebut dengan hanya memasukkan Nombor IC pemohon.

gkp 4.0

Jumlah bayaran

Pembayaran akan dibayara sebanyak 2 kali iaitu

  1. RM500 pada bulan September 2021, dan
  2. RM500 dibayar pada November 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

 

Leave a Comment