Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Cara Senang Semakan Bantuan Kerajaan Melalui Portal Manfaat (Belanjawan 2021)

Apa itu portal Manfaat (Belanjawan 2021)?

Semenjak pandemik Covid-19 melanda negara Malaysia, pelbagai impak negatif terhadap ekonomi, sosial dan individu rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat, kerajaan Malaysia banyak memberi dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!

Bantuan kepada mereka yang layak diberikan dalam pelbagai bentuk dan nilai, contohnya:

  • wang tunai
  • pengecualian cukai
  • pengurangan cukai
  • kemudahan internet/laptop percuma
  • diskaun bil lampu dan air
  • kursus kemahiran percuma
  • dan lain-lain

Senang cerita, kerajaan memang telah memberikan banyak bentuan secara menyeluruh kepada rakyat Malaysia yang telah dilanda kesukaran dalam menghadapi pandemik Covid-19. Terdapat pelbagai bantuan, syarat-syarat kelayakan dan cara-cara untuk memohon bantuan-bantuan ini.

Oleh itu, kerajaan telah membuat satu inisiatif yang membolehkan rakyat menyemak kelayakan bantuan-bantuan kerajanaan yang disediakan.

Inisiatif ini disediakan dalam bentuk portal rasmi Manfaat. Melalui portal ini, pengguna boleh memeriksa kelayakan masing-masing tanpa perlu mendaftar atau sebarang pembayaran. Khidmat portal Manfaat ini adalah secara menyeluruh dan percuma.

x5    x6

Cara Semakan Bantuan Kerajaan

Bagi individu yang ingin menerima bantuan-bantuan dari Kerajaan yang telah diberikan, bolehlah mengikut cara-cara di bawah:

  1. Sila pergi ke laman portal Manfaat di sini.
  2. Sila tekan butang “Belanjawan 2021”
  3. Sila pilih butang yang berkaitan dengan bantuan yang ingin dipohon, antara “Individu dan Isi Rumah”, “Perniagaan dan Majikan” dan “Komuniti”
  4. Isi maklumat diri anda iaitu Jantina, Umur, Status Ketidakupayaan dan lain-lain.
  5. Setelah itu, tekan butang “Teruskan”.
  6. Kemudian, pilih aspek bantuan yang anda perlukan dengan spesifik seperti yang dibawah. Pengguna boleh memilih lebih daripada 1 aspek.
  7. Setelah itu, tekan butang “Teruskan”.
  8. Anda akan dipaparkan senarai semua bantuan kerajaan yang anda layak terima.
  9. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang bantuan-bantuan ini dengan membuat rujukan lebih teliti.

x2

x1

Kelebihan Portal Manfaat

  1. Satu laman mudah untuk menyemak semua bantuan kerajaan yang layak diterima
  2. Khusus untuk setiap individu yang berbeza-beza
  3. Boleh menyemak bantuan yang layak diterima oleh orang lain (ibu, nenek, atuk dan jiran tetangga)
  4. Khidmat ini percuma
  5. Tidak perlu sebarang dokumen atau daftar diri
  6. Tersedia 24/7

x4

bantuan kerajaan

Semak Semua Bantuan Kerajaan Yang Tersedia Khas Untuk Anda ~ Semakan Bantuan 2021

Oleh itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan ini.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment