ISU SEMASA: Malaysia dijangka mencapai vaksinasi 100% populasi dewasa pada Oktober ini

100% vaksinasi dewasa dijangka Oktober

Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin rakyat akan kembali kepada kehidupan biasa sebaik sahaja negara pulih daripada pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata, pemulihan negara kelak berupaya membawa Malaysia ke mercu kejayaan dan kegemilangan. “Insya-Allah, negara kita akan pulih,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Khas yang disiarkan secara langsung hari ini.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Berikut adalah intipati ucapan beliau:

  • Malaysia dijangka mencapai vaksinasi 100 peratus populasi dewasa dan 80 peratus populasi keseluruhan pada Oktober ini.
  • Pada masa itu kelak, kes COVID-19 akan mencatatkan penurunan ketara dan menjadi lebih terkawal. Kita terus berdoa dan berikhtiar sepenuh jiwa dan raga agar terhindar daripada wabak ini.
  • Beliau mengucapkan penghargaan atas pengorbanan para frontliners kita yang terus cekal bertugas saban hari tanpa mengenal penat dan lelah, serta kesabaran saudara dan saudari semua dalam menghadapi ujian getir ini.
  • Mengumumkan bahawa ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 16.1% pada suku kedua 2021
  • Berbanding dengan suku-suku sebelumnya, tren pemulihan yang berterusan ini adalah bukti jelas bahawa dasar-dasar kerajaan telah membuahkan hasil
  • Dengan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara dan peningkatan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, ekonomi Malaysia dijangka akan beransur pulih
  • Sasaran 50 peratus populasi dewasa negara divaksinasi sepenuhnya pada akhir Ogos akan membolehkan kita membuka semula kegiatan ekonomi dan sosial secara lebih meluas untuk memacu pemulihan ekonomi negara

(Sumber: laman web Pejabat Perdana Menteri)

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment