Pembayaran i-Citra Ogos dah masuk! Semak Status Anda DI SINI | Tarikh pembayaran, semakan i-Citra

Bayaran i-Citra Ogos 2021 telah masuk

Bayaran i-Citra Dah Masuk secara berperingkat untuk bayaran Bulan Pertama iaitu bulan Ogos. Pembayaran iCitra KWSP telah mula dikreditkan bermula pada 2 Ogos 2021 ini.

Sila baca artikel selanjutnya untuk klik link semakan i-Citra Ogos 2021 dan cara untuk mengetahui tarikh pengeluaran i-Citra seterusnya.

Apa itu i-Citra?

Dalam kenyataan media berkenaan Pakej PEMULIH, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi inisiatif ini, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

Cara Semakan Status

Anda boleh menyemak melalui beberapa cara iaitu:

Cara 1: Melalui i-Akaun

Rujuk cara semakan seperti berikut:

  1. Sila buka aplikasi i-Akaun atau terus ke pautan berikut: https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Boleh log masuk menggunakan ID & password yang telah didaftarkan.
  3. Sila klik pada pada menu “Withdrawal History” &“i-Citra”.
  4. Status permohonan akan dipaparkan. Jika ditulis “Approved” bermaksud telah LULUS

Cara 2: Melalui laman web i-Citra KWSP 

  1. Sila layari laman web i-Citra https://icitra.kwsp.gov.my/.
  2. Boleh menekan menu Semakan Status
  3. Sila masukkan nombor MYKad & Nombor Telefon Bimbit yang telah didaftarkan
  4. Boleh tekan pada butang Semak Status.
  5. Status permohonan anda akan dipaparkan.

Tarikh Bayaran Setiap Bulan

Untuk pengetahuan anda, seperti i-Sinar juga bayaran bagi i-Citra juga telah ditetapkan oleh pihak KWSP dan anda boleh membuat semakan tarikh akhir penerimaan bayaran pada bahagian ‘Monthly Recurring Start Payment Date’ di i-Akaun KWSP.

  1. Tempoh seperti bayaran tarikh bulan pertama (ini bermaksud jika anda mendapat bayaran pertama pada 2 Ogos, bayaran kedua juga akan diterima sekitar 2 September, Oktober juga pada 2 haribulan jika jatuh pada hari bekerja) ATAU
  2. Maksimum dalam tempoh 2 minggu ATAU
  3. Sebelum akhir bulan berkenaan

Berikut adalah cara semakan tarikh bayaran i-Citra anda.

  1. Buka applikasi i-Akaun melalui smartphone atau laman web rasmi
  2. Buka laman web https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  3. Login menggunakan ID & Password yang telah anda didaftarkan
  4. Semak pada bahagian PENGELUARAN / WITHDRAWAL
  5. Sila klik pada ‘WITHDRAWAL HISTORY’
  6. Seterusnya klik di paparan yang ada tulis i-Citra

KWSP i-Citra: Permohonan Baru & Semak Status Pengeluaran RM5,000

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web KWSP i-Citra yang rasmi di sini.

Layari laman Facebook KWSP di sini.

Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan dan info yang terkini. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan terkini.

–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment