Pakej PEMULIH Ikutan PKP 3.0
Apa itu Pakej PEMULIH?
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan satu lagi pakej bantuan bernilai RM150 bilion yang diberi nama “Pemulih”, singkatan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi.
Ini pakej terbesar oleh kerajaan Perikatan Nasional sejak pakej Prihatin bernilai RM250 bilion yang diumumkan pada bulan Mac tahun lalu ketika negara mengalami kuncitara (lock down) buat pertama kali.
Pakej ini diperkenalkan bagi meringankan beban rakyat Malaysia yang masih dalam fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).
–> Sila baca Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Yang Tidak Lulus Bermula Tarikh 15-30 Jun 2021!
Senarai Pakej PEMULIH yang diperkenalkan
Pada 5 petang tadi, Perdana Menteri telah memperkenalkan banyak bantuan kerajaan yang akan diberikan dalam beberapa bulan yang akan datang ini. Antaranya:
- BPR Fasa 3 – akan dilaksanakan pada bulan September
- Bayaran BPR Tambahan sehingga RM500 dibayar secara berperingkat mulai 29 Jun.
- i-Citra KWSP pengeluaran sehingga RM 5000
- Bantuan Tunai Langsung
- Bantuan Khas Covid 19 (BKC) – Isi Rumah & Bujang kategori Miskin Tegar, B40 & M40.
- RM500 Bantuan Kehilangan Pendapatan pada Oktober kepada pekerja yang hilang pendapatan.
- Perluas Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO, graduan, lepasan sekolah.
- RM300,000 akan diberi kepada setiap ahli Parlimen untuk Bantuan Bakul Makanan.
- RM10 juta untuk Bantuan Bakul Makanan khas untuk Orang Asli.
- Diskaun Bil Elektrik sehingga 40%.
- Minyak masak pek polibeg 1 kilogram berharga RM2.50.
- Pemberian 1 Gigabit data harian PERCUMA sehingga 31 Disember.
- Tiada lagi syarat had gaji pada Program Subsidi Upah 4.0.
- Bantuan Khas Taska berjumlah RM3,000.
- Pengusaha kantin akan dapat RM1,000.
- KWSP memperkenalkan i-Citra, pengeluaran sehingga RM1,000 untuk tempoh 5 bulan
(Sumber: Telegram rasmi MKN)
–> Sila baca BPR Tambahan RM500 PKP 3.0 Pada Hujung Jun 2021~ tarikh bayaran dan semakan
Maklumat Lanjut
Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan yang terkini. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan terkini.
Bagi maklumat lanjut berkenaan PKP dan pengumuman pakej PEMULIH ini, sila layari laman web MKN dan laman-laman web rasmi kerajaan yang sahih.
–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA