Apakah itu Bakul Prihatin Negara?
Bakul Prihatin Negara merupakan satu (1) inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.
Setiap bakul adalah bernilai RM50 dan mengandungi barangan seperti berikut:
- beras
- gula
- tepung gandum
- bihun
- kicap
- sardin
- biskut
- kopi
- garam
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
Syarat Kelayakan
Semua rakyat Malaysia bagi setiap keluarga layak untuk memohon bantuan ini sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pendemik COVID-19.
Cara Memohon
Permohonan boleh dilakukan menerusi empat (4) kaedah seperti berikut:
- Menghubungi Bilik Gerakan JKM Negeri; (klik di sini untuk membaca nombor JKM daerah/terdekat anda)
- Menghubungi Talian Kasih di talian 15999 atau Whatsapp ke 019-26 15999;
- Menghubungi Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM atau JKM); ATAU
- Menghubungi Pemimpin Tempatan/Setempat
Maklumat Lanjut
Sila layari laman web rasmi JKM di sini tentang program ini.
–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)