Bantuan RM500 One-Off B40
Kerajaan telah memperuntukkan RM1.2 bilion bagi membantu 2.4 juta penerima yang kehilangan punca pendapatan, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, bantuan tunai sebanyak RM500 secara one-off diberikan kepada golongan B40, dan tambahan sebanyak RM500 diberikan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang berpendapatan RM1,000 ke bawah.
Kedua-dua kategori ini, jelas Perdana Menteri lagi, melibatkan penerima berumur 21 hingga 60 tahun dan tidak melibatkan proses pendaftaran permohonan.
“Pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang akan dibuat melalui sistem LHDNM, KWSP dan PERKESO. Insha-Allah, kedua-dua bantuan khas ini akan dibayar mulai Jun 2021 ke akaun penerima masing-masing,” katanya lagi. (Source: Astro Awani)
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021
Bantuan RM500 Untuk B40 & Penerima BPR
Berikut adalah maklumat lanjut tentang bantuan tersebut.
- Penerima bantuan adalah mereka yang berumur antara 21 hingga 60 tahun.
- Penerima juga tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.
- Bantuan akan dibayar ke akaun penerima selepas pengesahan kehilangan pendapatan dan semakan silang dibuat melalui sistem Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
- Individu berstatus bankrap juga akan diberi kelonggaran untuk membuka akaun bank secara dalam talian bagi memudahkan mereka menerima bantuan kerajaan melalui permohonan e-mel kepada Jabatan Insolvensi yang mentadbir kes mereka.
- Sebarang bantuan tunai yang dikreditkan tidak akan mengalami sebarang potongan ansuran bulanan.
–> Sila baca Permohonan LULUS tapi gagal kredit/tiada akaun boleh terus WALK-IN ke kaunter BSN – BPR Fasa 2
Syarat Kelayakan
- Berumur 21-60 tahun
- Bantuan RM500 one-off kepada golongan B40 yang hilang pendapatan, ATAU
- Bayaran tambahan RM500 kepada penerima BPR yang berpendapatan RM1,000 dan ke bawah
Tarikh Bayaran
Tarikh bayaran RM500 untuk B40 yang hilang punca pendapatan dan penerima BPR yang layak ini dijangka akan disalurkan mulai bulan Jun 2021.
Cara Permohonan
Penerima yang layak menerima bantuan RM500 ini tidak perlu membuat pendaftaran permohonan.
Bagi maklumat lanjut, boleh pergi ke laman web rasmi PEMERKASA di sini.
–> Sila baca Cara Semakan Status BPR Fasa 2 2021