TERKINI: Permohonan Pengeluaran i-Citra Online Kini Dibuka ~ permohonan & tarikh pembayaran

Pengeluaran i-Citra 2021

Melalui laman Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), adalah diumumkan bahawa Portal i-Citra Online kini dibuka. Baca artikel di bawah untuk mengetahui lebih lanjut.

Apa itu i-Citra?

Dalam kenyataan media berkenaan Pakej PEMULIH, kerajaan melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, menerusi inisiatif ini, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga RM5,000 dengan kadar bayaran tetap RM1,000 sebulan untuk tempoh lima bulan tertakluk kepada jumlah simpanan ahli.

–> Sila baca Senarai Bantuan Pakej PEMULIH Yang Diumumkan PM Petang Tadi ~ BPR Fasa 3, i-Citra KWSP, Bantuan Tunai

icitra

Siapa yang layak memohon?

  1. Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;
  2. Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berapakah amaun pengeluaran yang layak dikeluarkan?

  1. Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM5,000.
  2. Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
  3. Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan.
  4. Bayaran minimum adalah RM50
  5. Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1
  6. Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada)

Cara Permohonan

Permohonan i-Citra KWSP boleh mula dibuat pada pautan icitra.kwsp.gov.my bermula 12 Julai 2021. 

  1. Layari laman web permohonan di sini.
  2. Masukkan nombor IC/Passport dan nombor telefon anda.
  3. Seterusnya, isi maklumat yang diminta dengan tepat.
  4. Ikuti langkah-langkah yang ditunjukkan di dalam Panduan Pengguna.

Tarikh Pembayaran

Pembayaran pertama akan dibuat pada Ogos 2021. 

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, bolehlah melayari laman web KWSP i-Citra yang rasmi di sini.

Layari laman Facebook KWSP di sini.

Jangan lupa layari laman web MyInfoKerja bagi info bantuan-bantuan kerajaan dan info yang terkini. Artikel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut perkembangan terkini.

–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment