INFO: Vaksin untuk kanak-kanak bawah 12 tahun masih dalam kajian

Vaksin untuk kanak-kanak kini masih dalam kajian

Dengan lonjakan pada kes-kes jangkitan tempatan COVID-19, lumrah bagi ibu bapa untuk berasa risau tentang vaksinasi untuk anak-anak kecil mereka. Dengan pembukaan sekolah pada bulan Oktober, ibu bapa masih risau akan risiko yang dihadapi oleh anak-anak mereka.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Intipati kenyataan berita

  • Vaksin pertama untuk diluluskan bagi kanak-kanak berkemungkinan adalah daripada Pfizer-BioNTech kerana ujiannya dijangka yang pertama diselesaikan.
  • Seorang jurucakap Pfizer dan BioNTech berkata data daripada 2,250 kanak-kanak antara usia lima dengan 11 tahun dalam ujian klinikalnya dijangka siap menjelang hujung September. Kelulusan bagi penggunaan kecemasan akan dimohon daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) pada Oktober.
  • Walaupun ia sudah meluaskan pendaftaran bagi kajian pediatrik vaksin COVID-19 yang masih berjalan kepada lagi 2,250 kanak-kanak, ini tidak akan melengahkan data yang dinanti-nantikan daripada kumpulan awal kanak-kanak.
  • “Peluasan yang diusulkan akan membolehkan syarikat-syarikat untuk mengumpulkan dan menilai data keselamatan serta keberkesanan tambahan berhubung vaksinasi dalam kalangan penduduk lebih muda,” jelas Pfizer dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.
  • Profesor Madya Hsu Li Yang dari Universiti Nasional Singapura (NUS) berkata jika semuanya berjalan lancar seperti dirancang, FDA AS akan memberikan kelulusan penggunaan kecemasan bagi vaksin Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak bawah 12 tahun sebelum hujung tahun ini.

Patutkah kanak-kanak bawah 12 tahun divaksin?

Profesor Fisher berkata “keadaannya berubah-ubah,” dia berkata, “Kanak-kanak jarang mengalami sakit teruk tetapi risiko adalah tinggi jika mereka mempunyai masalah kesihatan sedia ada. Juga, sumbangan yang dibuat kanak-kanak dari segi penularan virus masih tidak jelas,”

“Seandainya vaksin itu terbukti selamat, jika bukan lebih selamat, dalam diri kanak-kanak berbanding orang dewasa, maka sememangnya saya akan mengesyorkan kanak-kanak divaksin.”

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment