GKP 4.0 PEMULIH
Pembayaran GKP 4.0 kepada penerima yang layak akan dibuat pada bulan September 2021 (RM500) dan November 2021 (RM500) tertakluk kepada perubahan.
–> Sila baca Permohonan i-Citra KWSP Pengeluaran RM5,000 ~ tarikh permohonan dan pembayaran
Apa itu GKP 4.0?
GKP atau Geran Khas Prihatin adalah bantuan kewangan secara one-off kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.
Ia adalah sambungan daripada GKP 1.0, 2.0 dan 3.0. GKP 3.0 telah diumumkan oleh Bekas Perdana Menteri melalui Perutusan Khas PEMERKASA pada 17 Mac 2021, manakala GKP 4.0 diumumkan melalui Perutusan Khas PEMULIH pada 28 Jun 2021.
Semakan online status:
- Sila login Portal Rasmi GKP di sini.
- Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Password
- Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan
- Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.
Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.
Cara memohon
Permohonan bahari GKP telah ditutup. Nantikan kemas kini baharu bagi rayuan permohonan GKP kelak.
Ikut langkah di panduan pengguna untuk membuat PERMOHONAN BAHARU DI SINI.
Permohonan akan dibuka secara online di laman web GKP LHDN seperti yang sebelum ini.
Semakan juga boleh dibuat di laman web tersebut dengan hanya memasukkan Nombor IC pemohon.
Jumlah bayaran
Untuk GKP 2021 ini, pemohon yang layak akan dapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan ini adalah seperti berikut :
- September 2021 – RM500
- November 2021 – RM500
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/
–> Sila baca Kaunter KWSP Dibuka Untuk Perkhidmatan Terpilih Bermula 1 Julai – Janji Temu Online (JTO)