Apa itu BPR? (Rayuan)
Bantuan Prihatin Rakyat 2021 adalah mensasarkan golongan B40 dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah. Pemohon yang layak boleh membuat permohonan semasa tempoh pendaftaran secara dalam talian atau hadir ke Cawangan LHDNM. Penambahbaikan BPR telah diumumkan pada 17 Mac 2021, di bawah pakej PEMERKASA.
Siapakah yang layak untuk BPR?
1. Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak; atau
- Bujang termasuklah Orang Kelainan Upaya (OKU) berumur 60 tahun dan ke atas
2. Bujang
- Bujang atau Ibu ataupun Bapa Tunggal / Balu Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak; dan
- Had umur:
- 21 tahun sehingga 59 tahun; atau
- 18 tahun sehingga 59 tahun bagi kategori OKU
Semak kelayakan secara terperinci di sini.
Cara Membuat e-Janji Temu untuk Rayuan BPR
1. Layari laman rasmi BPR https://bpr.hasil.gov.my/
2. Tekan e-Janji Temu pada atas sebelah kanan dan paparan begini akan keluar.
3. Isi semua butiran-butiran yang diperlukan dengan lengkap
4. Setelah selesai, tekan butang HANTAR. Sila PASTIKAN anda mencetak atau memuatnaik atau screenshot surat pengesahan tempahan janji temu pada Portal Rasmi BPR atau e-mel yang telah anda didaftarkan dan kemukakan semasa hadir ke Cawangan LHDNM yang dipilih sebagai bukti janji temu anda.
Pemakluman
- Kaunter BPR di Kawasan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) 1 dan 2 sahaja yang dibuka secara e-Janji Temu.
- Kaunter BPR di kawasan PKPD atau premis LHDNM yang terlibat dengan proses sanitasi adalah ditutup sementara. Oleh itu, permohonan e Janji Temu yang telah di buat secara automatik adalah terbatal.
- Permohonan e-Janji Temu boleh dibuat semula selepas Kaunter BPR dibuka kembali dan permohonan dibenarkan seawal 14 hari sebelum tarikh e-Janji Temu dan tertakluk kepada kekosongan slot janji temu pada tarikh dan waktu yang dimohon.
- Disyorkan untuk membuat semakan senarai pejabat dan Cawangan LHDNM yang ditutup sementara terlebih dahulu sebelum membuat permohonan e-Janji Temu bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
- Permohonan e-Janji Temu hanya dibenarkan bagi perkhidmatan yang tidak boleh dibuat atau mempunyai masalah untuk tindakan secara dalam talian di Portal Rasmi BPR.
- Semakan status permohonan dan pembayaran BPR juga boleh dilakukan secara dalam talian di Portal Rasmi BPR dengan Log Masuk MyBPR.
Maklumat lanjut
Untuk info lanjut tentang Bantuan Prihatin Rakyat, anda boleh rujuk di sini.
Layari portal BPR di sini.
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!