Kata Laluan BPR 2021
Apa itu BPR?
Bantuan Prihatin Rakyat merupakan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka akibat kesan pandemik COVID-19.
Berikut adalah solusi bagi mereka yang telah terlupa kata laluan BPR mereka. Hal ini boleh diselesaikan hanya secara online.
–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran
Cara Set Semula Kata Laluan
Caranya seperti berikut:
- Layari https://bpr.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?
- Masukkan no kad pengenalan anda.
- Masukkan emel yang didaftarkan.
- Klik seterusnya.
- Kemudia,n emel yang mengandungi kata laluan sementara akan diberikan kepada anda.
- Login dan paparan menukar kata laluan baru akan terpapar. Tukar kepada password yang anda ingat. Jangan lupa catat.
- Namun, sekiranya anda tiada emel berdaftar, soalan keselamatan akan ditnya. Jawab kesemua soalan tersebut.
Bagi panduan lengkap dari LHDN BPR, bolehlah melayari DI SINI.
Lupa email/jawapan soalan keselamatan
Namun, jika email anda ataupun jawapan bagi soalan keselamatan terlupa, anda hendaklah menghadirkan diri ke pejabat LHDN / bahagian BPR berdekatan anda.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan persoalan, bolehlah hubungi talian khas LHDN seperti di bawah ini.
- HOTLINE MOF : 03-8882 4565 / 03-8883 456
- HOTLINE LHDN : 1-800-88-2747
- EMAIL: [email protected]
- Laman web rasmi : https://bpr.hasil.gov.my
- Alamat pejabat / surat menyurat:
Sekretariat BPR,
Pejabat Belanjawan Negara
Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Presint 2, 62592, Wilayah Persekutuan Putrajaya
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021