BPR Tambahan RM500 PKP 3.0 Pada Hujung Jun 2021~ tarikh bayaran dan semakan

Permohonan BPR Tambahan PKP 3.0

Pakej terbaharu PEMERKASA +

Kerajaan memperuntukkan sebanyak 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat yang akan mula diberikan pada hujung Jun ini.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bantuan Prihatin Rakyat sebanyak RM500 akan diberikan kepada kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500.

Bagi isi rumah berpendapatan antara RM2,501 hingga RM5,000 pula, beliau berkata, bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM300. Golongan bujang pula akan menerima RM100.

“Bantuan Prihatin Rakyat tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit,” katanya dalam Perutusan Khas Bantuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 pada Isnin.

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

Screenshot 346 553

Kadar BPR Tambahan

Bagi meneruskan agenda prihatin rakyat, sebanyak 2.1 billion ringgit diperuntukkan bagi menambah kadar Bantuan Prihatin Rakyat.

  1. Kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500 – Kadar tambahan adalah sebanyak RM500
  2. Kategori isi rumah yang berpendapatan RM2,501 sehingga RM5,00 – Kadar tambahan adalah sebanyak RM300
  3. Bujang akan menerima tambahan sebanyak RM100

Cara Permohonan

BPR tambahan tidak perlu buat permohonan baru. Ini kerana mereka yang layak menerima BPR sebelum ini, secara automatik akan dapat bantuan tambahan ini.

Bagi mereka yang tidak layak untuk Bantuan Prihatin Rakyat Fasa 2 pula, sila baca Permohonan Rayuan BPR Fasa 2 Yang Tidak Lulus (Save Tarikh 15-30 Jun 2021!)

Tarikh dan cara pembayaran

BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti.

Cara Semakan

  1. Layari portal rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
  2. Log masuk & masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  3. Tekan Semak

–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment