Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

Bantuan eWallet Kepada Belia Malaysia

Apa itu Bantuan eWallet?

Pada 17 Mac yang lalu, menerusi bantuan pakej PEMERKASA, kerajaan sekali lagi telah mengumumkan kenaikan jumlah kredit eWallet daripada RM100 kepada RM150 menerusi Program eBelia.

Melalui Program eBelia ini, diharapkan golongan belia akan membudayakan transaksi tanpa tunai dalam menjalankan urusniaga dan pembelian barangan.

Sebanyak RM300 juta akan diperuntukkan untuk inisiatif bantuan eWallet yang memfokuskan kepada pelajar IPT ini.

ebelia pemerkasa

Siapakah yang boleh memohon?

Jika anda atau rakan anda adalah belia yang berumur 18 hingga 20 tahun ATAU sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja, anda secara automatik layak untuk memohon bantuan ini. Sila rujuk dibawah untuk cara memohon.

download 8 wallet1

Sila klik di sini untuk membaca laman web Belanjawan 2021 tentang permohonan Jaringan Prihatin.

Cara Memohon Bantuan eWallet

  1. Bermula Jun 2021, pemohon boleh memuat turun aplikasi TNG e-Wallet / Boost / Grab
  2. Sila isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap
  3. Sila pastikan anda membuat verifikasi akaun mengikut arahan yang ditetapkan
  4. Akhir sekali, sila tunggu pengkreditan e-wallet dan sekiranya anda layak maka pengkreditan akan dilakukan ke dalam akaun anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan-bantuan yang disediakan di bawah PEMERKASA,  anda boleh layari laman rasmi mof.gov.my

Screenshot 259

Sila klik sini untuk membaca artikel Cara Semakan Status BPR Fasa 2 2021 – Duit Dimasukkan Bermula Awal Mei Ini.

Sila klik sini untuk membaca artikel Tips Penting Sebelum Menjawab Soalan SPA Online!

Leave a Comment