Intipati Ringkasan Bajet 2023

Intipati Ringkasan Bajet 2023

Intipati Ringkasan Bajet 2023 – Untuk pengetahuan anda, Berikut kami kongsikan ringkasan intipati kandungan Bajet 2023. Berikut adalah maklumat lanjut bagi tahun 2023 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia Bertanggunjawab membina daya tahan negara bagi menangani krisis yang mendatang. Reformis yang mengambil peluang merubah lanskap pembangunan negara agar inklusif dan mampan

Ringkasan Tema Dan Peruntukan Bajet 2023 Keluarga Malaysia, Makmur Bersama. Peruntukan Bajet 2023 adalah RM373.3 bilion manakala
2022 adalah RM332.1 bilion.

Matlamat Induk Belanjawan 2023. 3R (Responsive, Responsible, Reformist). Untuk Perincian Peruntukan bajet 2023 seperti Belanja Mengurus Operasi sebanyak 272.3 bilion manakala Belanja Pembangunan adalah 95 bilion dan Dana Covid sebanyak 5 bilion serta Simpanan Luar dijangka adalah 2 bilion.

Baca Sini: KWSP Pengeluaran Khas RM10000 2.0

Fokus Kandungan Intipati

Bantuan Bajet 2023 Keluarga Malaysia (BKM) Ditambah Baik Untuk Kategori baru diperkenalkan bagi isi rumah berpendapatan bulanan bawaGolongan bujang dan warga emas tanpa pasangan akan terus mendapat bantuan seperti tahun sebelum ini sebanyak RM 2,500 layak untuk mendapat BKM dan RM2,500: Menanggung 5 orang anak atau lebih adalah RM1,000 – 2,000: Menanggung 1-4 orang anak.

Bagi isi rumah yang berpendapatan RM2,500 – RM5,000 pula layak untuk mendapat BKM sebanyak RM500 – RM1,250 bergantung kepada bilangan tanggunan anak.

Baca Juga: Cara Semak Nombor Tracking Pos Laju Dengan Mudah

Tambahan bantuan RM500 kepada ibu bapa tunggal pada tahun 2023

Bajet 2023: Kredit e-Wallet e-Pemula. M40: 8 juta individu M40 yang berpendapatan bawah RM100,000 layak untuk menerima kredit e-Wallet sebanyak RM100
Belia: Sebanyak RM200 kredit e-Wallet akan diberikan kepada belia berumur 18 – 20 tahun, dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas secara one-off.

Bajet 2023: Subsidi Elektik. Pemberian subsidi bil elektrik kepada isi rumah miskin tegar berjumlah sehingga RM40 akan diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan RM1,169 ke bawah berbanding syarat sebelum ini yang hanya terhad kepada isi rumah berpendapatan RM980 ke bawah

Inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia Ibu daripada isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada tahun 2023 akan diberikan bantuan tunai one-off sebanyak RM500

Bajet 2023: Bonus Aidilfitri Penjawat Awam Penjawat awam akan menerima bantuan khas kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600

Pengurangan Kadar Cukai Pendapatan Individu Kadar income tax individu akan dikurangkan sebanyak 2%. Berikut merupakan maklumat lanjut:

– Pendapatan bercukai RM50,001 – RM70,000, turun daripada 13% kepada 11%
– Pendapatan bercukai RM70,001 – RM100,000, turun daripada 21% kepada 19%

Pelepasan Cukai Bagi Yuran Tadika Dan Taska Sebanyak RM3,000 pelepasan cukai akan diberikan ke atas bayaran taska/tadika sehingga tahun taksiran 2024

Pengecualian Cukai Untuk Wanita. Pendapatan yang diterima pada tahun 2023 sehingga 2028 akan diberikan pengecualian bagi menggalakkan golongan wanita kembali bekerja setelah career break

Bajet 2023: Had Amanah Saham Bumiputera (ASB) Dan Pinjaman Mudah ASB di BSN Jumlah pegangan maksimum di ASB dan ASB2 ditingkatkan kepada 300,000 unit (RM300,000) berbanding 200,000 unit sebelum ini

Selain itu, golongan B40 bumiputera juga layak untuk memohon pinjaman mudah BSN untuk melabur di ASB pada kadar 1.5% Pengecualian Bayaran PTPTN

Peminjam PTPTN yang berjaya mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama akan diberikan pengecualian dari membayar balik bayaran pinjaman PTPTN

Bajet 2023 Orang Kurang Upaya

Pengecualian bayaran pendafaftaran dan pembahuruan sijil perniagaan SSM di bawah Skim 1 OKU 1 Perniagaan
OKU akan mendapat baucar perjalanan yang akan diberikan melalui perkhidmatan e-hailing
Penubuhan 50 buah taska OKU baharu bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak OKU ke tempat asuhan selamat

Pas My50

Bagi pengguna pengangkutan awam sekitar Lembah Klang, pas My50 akan diteruskan bagi tahun 2023 13.

Bantuan Awal Persekolahan

Setiap murid akan menerima bantuan awal persekolahan yang ditambah berbanding tahun sebelum sebanyak RM150 tanpa mengira had pendapatan ibu bapa

Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Penambahbaikan RMT dengan kenaikan kadar makanan bermasak daripada RM2.50 kepada 3.50 di Semenanjung manakala di Sabah dan Sarawak kenaikan daripada RM3 kepada RM4 berkuatkasa serta merta

Bantuan Musim Tengkujuh

Pekebun kecil getah akan menerima kenaikan BMT sebanyak RM200 menjadikan jumlah bantuan yang akan diterima pada tahun 2023 kepada RM800
Pengenalan Semula Bantuan Pesawah

Bantuan sebanyak RM200 sebulan akan diberikan kepada pesawah untuk tiga bulan atau satu musim penuaian
Geran One-Off RM1,000 PMKS

Sejumlah RM1,000 geran akan diberikan kepada perusahaan mikro kecil sederhana (PMKS) berdaftar dan pemandu teksi berdaftar yang layak
Skim Pembiayaan Agrofood BNM

Sebanyak RM 1 Bilion dana diperuntukkan bagi membantu PKS meningkat jumlah pengeluaran agro makanan melalui Skim Pembiayaan Agrofood pada kadar 3.5% 19.

Pengurangan Kadar Cukai Perusahaan Mikro Kecil Sederhana (PMKS)

Kadar income tax PMKS dikurangkan sebanyak 2% daripada 17% kepada 15% bagi RM100,000 pertama

Subsidi, Bantuan Dan Insentif

RM55 bilion diperuntukkan dalam bentuk subsidi, bantuan dan insentif bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat

Insentif Penggajian PERKESO

Sebanyak RM600 – RM750 sebulan selama tiga bulan diperuntukkan bagi golongan rentan

Program MyWIRA

Pemegang kad veteran ATM dan kad pesara Polis akan menikmati diskaun sebanyak 50% ke atas pengangkutan awam di bawah kendalian PRASARANA

Bayaran Khas RM500

Bayaran one-off RM500 kepada para Imam, Bilal, Siak, Noja, Merbut, Guru Takmir, dan Guru KAFA

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Sumber: https://www.facebook.com/

Leave a Comment