Tarikh Bayaran BKM Tambahan RM500

Tarikh Bayaran BKM Tambahan RM500

Tarikh Bayaran BKM Tambahan RM500 Telah Diumumkan – Untuk makluman anda, BKM Tambahan RM500 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun.

Kadar bayaran BKM Tambahan RM500 bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKBKM Tambahan RM500 kepada beberapa kategori yang layak.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.

Siapa yang akan terima bayaran BKM Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut. Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima BKM Tambahan? Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia. Berikut adalah merupakan cara melakukan semakan kelayakan BKM Tambahan:

Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx, Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak, Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul.

Masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk, Klik semakan status untuk semak status permohonan dan Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.

Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.

Berikut adalah tarikh pembayaran bagi BKM Tambahan bagi penerima yang layak:

– Peringkat 1: 28 Mac 2022
– Peringkat 2: 27 Jun 2022
– Fasa 3: 20 September 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Oktober 2022)
– Fasa 4: Disember 2022

Baca sini: 4 Kategori Wang Pengeluaran KWSP

Baca Juga: Bantuan RM1000 Golongan Belia B40 2022

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747. Dan Untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my.

BKM Tambahan RM500

BKM Tambahan RM500

Leave a Comment