e-Pengeluaran KWSP Mengikut Syarat Tahun 2022

e-Pengeluaran KWSP Mengikut Syarat Tahun 2022

e-Pengeluaran KWSP Mengikut Syarat Tahun 2022 – e-Pengeluaran KWSP Sebenarnya anda dibenarkan untuk melakukan pengeluaran KWSP dari akaun 2 untuk tujuan peribadi anda sendiri dan tujuan untuk membina atau ubah suai rumah, untuk peribadi, pendidikan dan lain-lain.

Tahukah ada, terdapat banyak jenis e-Pengeluaran KWSP yang boleh anda lakukan selagi mana mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP. Kami akan kongsikan kepada anda cara untuk membuat permohonan e-Pengeluaran KWSP secara online.

Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap.  Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa dan Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum yang dibayara secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP.

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut Pengeluaran untuk membina rumah, Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah, dan Rawatan perubatan. Selain itu, Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN, Pengeluran untuk pendidikan.

Baca Sini: Jenis Pengeluaran KWSP Yang Boleh Dikeluarkan

Baca Juga: Permohonan Percuma Bantuan Suri Rumah B40

Cara Membuat Pengeluaran KWSP Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran – Log masuk ke i-Akaun KWSP, Klik menu ‘Pengeluaran’. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’.

Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya), Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan. Dan Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran.

Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?

Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Maklumat Lanjut untuk e-Pengeluaran KWSP anda boleh layari portal rasmi di www.kwsp.gov.my, Semoga bermanfaat!

Sumber : triviamy

e-Pengeluaran KWSP

e-Pengeluaran KWSP

 

Leave a Comment