TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN RM500 – Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerjaan juga turut menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.

Siapa yang akan terima bayaran Bantuan Tambahan dan bila tarikh bayaran BKM Tambahan? Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah merupakan bantuan tunai kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.

Kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti Bantuan Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau, Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.

Baca Sini: e-Pengeluaran KWSP Mengikut Syarat Tahun 2022

Baca Juga: Bantuan Am RM350 Persekutuan JKM 2022

BKM TAMBAHAN

SEMAKAN BANTUAN PERMOHONAN

Macam mana nak tahu kalau anda layak menerima Bantuan Tambahan? Semakan kelayakan permohonan bantuan tambahan.

Untuk makluman anda, anda boleh melakukan semakan secara online melalui laman khas Bantuan Keluarga Malaysia.

Pergi ke laman https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak. Sahkan kata kunci keselamatan anda dan klik YA jika betul kemudian masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk dan Klik semakan status untuk semak status permohonan. Status permohonan beserta jumlah bayaran bantuan diluluskan atau dipaparkan.

Jika tiada maklumat BKM tambahan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran Bantuan tambahan.

bkm tambahan 00 473x1024 1

 

TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN

Berikut adalah tarikh pembayaran bagi Bantuan Tambahan bagi penerima yang layak.

– Fasa 1: 28 Mac 2022
– Fasa 2: 27 Jun 2022 (Pengkreditan dilakukan sehingga bulan Ogos 2022)
– Fasa 3: 20 September 2022 Sehingga Oktober 2022
– Fasa 4: Disember 2022

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747 untuk maklumat lanjut berkaitan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my.

Leave a Comment