Bantuan Am RM350 Persekutuan JKM 2022
Bantuan Am RM350 Persekutuan JKM 2022 – Bermula Oktober ini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memberikan Bantuan Am Persekutuan khas sehingga RM350 sebulan.
Bantuan Am Persekutuan bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian individu/ keluarga yang tidak berkemampuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti. Minimum- RM100 dan – Maksimum- RM350.
Syarat Kelayakan Pemohon adalah seorang warganegara Malaysia dan bermastautin di Wilayah Persekutuan. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan dan Tergolong daripada yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.
Baca Sini: Kerajaan Digesa Untuk Benarkan Sekali Lagi Pengeluaran KWSP
Cara Mohon
Berikut adalah cara memohon. Sila layari laman web JKM di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my atau muat turun borang permohonan. Tekan pada ‘Daftar Permohonan Atas Talian’ dan Daftar permohonan mengikut negeri. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan sertakan juga lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
Berikut adalah senarai dokumen sokongan yang diperlukan seperti Salinan kad pengenalan pemohon (depan dan belakang) dan Salinan kad pengenalan / mykid / sijil kelahiran ahli keluarga yang tinggal bersama sahaja.
Manakala untuk oku, Salinan kad OKU/ Slip pendaftaran sementara (bagi pemohon OKU) dan Salinan sijil kematian/ penceraian (jika berkaitan).
Penyata pendapatan atau surat pengesahan pendapatan dari majikan dan Salah satu salinan bil utiliti seperti air/ elektrik/ telefon, DLL. Laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (bagi kes OKU tidak bekerja / terlantar / kronik / alat tiruan).
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.
Untuk maklumat lanjut, sila layari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Berikut juga merupakan Borang Permohonan – JKM 18 – Borang Permohonan Bantuan, JKM 20 – Borang Kaji Semula Bantuan, Borang Permohonan Bantuan OKU Pindaan 2019
Sumber: Portalmalaysia