Bantuan Suri Rumah B40
Permohonan Bantuan Suri Rumah B40. bagi Golongan suri rumah kini boleh memilih untuk mencarum di KWSP dengan insentif khas di bawah i-Suri. Terdapat banyak faedah dalam i-suri KWSP. Antaranya adalah, dapat memastikan kesejahteraan golongan suri rumah serta mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negara dan ahli keluarga.
FAEDAH I-SURI KWSP
Terdapat juga manfaat atau faedah bagi bantuan suri rumah b40 ini dan Berikut adalah merupakan perkongsian faedah bantuan suri rumah b40 atau i-Suri KWSP:
Isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang telah berdaftar di dalam E-Kasih ATAU KIR wanita status balu, belum pernah berkahwin atau telah bercerai yang berdaftar dalam eKasih. Belum mencapai umur 60 tahun dan Terdapat caruman sukarela yang dibuat ke akaun KWSP ahli berjumlah RM5 sebulan atau RM60 setahun.
– Menerima dividen tahunan KWSP
– Mendapat insentif kerajaan sebanyak minimum RM40 sebulan tertakluk kepada jumlah maksimum RM480 setahun.
– Bantuan Kematian: RM2500
– Insentif kerajaan hanya akan dibayar apabila anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan seperti berikut.
Baca Sini: Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial PERKESO
CARA PERMOHOAN BANTUAN SURI RUMAH B40
Permohonan Ini bertujuan bagi Pendaftaran yang boleh dilakukan dengan pergi ke cawangan KWSP berdekatan dengan tempat anda, Anda juga diminta untuk membawa borang permohonan seperti yang dimuat turun menerusi pautan seperti berikut:
– SYARAT KELAYAKAN PENDAFTARAN I-SURI KWSP dan MyKad
– Borang i-Suri KWSP 16G (M) (Pendaftaran Kali Pertama Sahaja)
– Borang i-Suri KWSP 6A (2) (Semasa Pembayaran)
Syarat Kelayakan Permohonan i-suri Rumah b40
Berikut ini adalah perkongsian syarat kelayakan pendaftaran i-Suri KWSP:
– Warganegara Malaysia dan Belum mencapai umur 60 tahun.
– Isteri kepada Ketua Isi RUmah (KIR/Wanita (KIR)
– Golongan suri rumah yang berdaftar dalam Pangkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) setakat 30 November 2019.
– Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP
SIAPA YANG BOLEH MENCARUM?
– Diri sendiri (isteri)
– Suami kepada pasangan yang layak
– Tambahan: Bagi suri rumah, anda hanya dibenarkan memilih satu insentif sahaja pada satu masa, sekiranya anda sudah mendaftar dengan Insentif Persaraan – ( i-Saraan), anda perlu membatalkannya dahulu sebelum membuat permohonan baru bagi i-suri.
Berikut dikongsikan cara untuk membuat pembayaran: Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
Tunai atau cek di kaunter panel bank KWSP (MBB,PBB,RHB dan BSN). Wang sumbangan akan dikreditkan ke akaun ahli selepas KWSP menerimanya daripada kerajaan. Sumbangan ini akan dikreditkan ke dalam Akaun 1 ahli ( Akaun Persaraan dan Akaun 2. Pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik MBB atau PBB.
Tambahan: KWSP akan membuat tuntutan sumbangan kerajaan secara berkala berdasarkan caruman bagi separuh tahun tempoh pertama (Januari sehingga Jun) dan separuh tahun tempoh kedua (Julai hingga Disember) setiap tahun.
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.