Cara Semak Akaun KWSP : Akaun 1 & Akaun 2

Cara Semak Akaun KWSP : Akaun 1 & Akaun 2

Cara Semak Akaun KWSP Akaun 1 & Akaun 2, Bagi yang ingin menyemak penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau EPF, anda kini tak perlu bersusah payah beratur dan tunggu giliran untuk berurusan di kaunter lagi.

Jadi, untuk semak i-Akau KWSP online, kita kena daftar i-Akaun KWSP terlebih dahulu. Jom kita tengok langkah-langkahnya.

Sebelum menggunakan perkhidmatan i-Akaun, anda perlu pergi ke mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan Kod Pengaktifan dengan menggunakan MyKad.

Di kaunter nanti, anda akan diberi ID sementara atau Kod Pengaktifan masih ada untuk disimpan. Jangan hilangkan tau!

Daftar i-akaun kwsp terlebih dahulu sebelum semak baki dalam akaun simpanan KWSP anda.

Dan berikut adalah langkah mendaftar i-Akaun.

Masukkan Kod Pengaktifan yang telah diberi semasa di kaunter KWSP tadi. Ingat, kod ini perlu diaktifkan dalam tempoh 30 hari ya. Kalau balik rumah dan terlupa nak aktifkan hingga melebihi 30 hari, kenalah minta kod yang baru.

Seterusnya, layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my seperti dalam paparan skrin di atas. Klik pada ‘Login Ke i-Akaun (Ahli) >> Pengaktifan i-Akaun’.

Baca terma dan syarat dan tekan butang ‘Setuju’.

Sekarang boleh tukarkan ID dan kata laluan pilihan anda. Pastikan pilih kata laluan yang mudah diingat supaya senang nak login dengan mudah pada masa akan datang.

Imej sekuriti dan frasa rahsia akan diberikan untuk pengesahan. Bila dah settle, anda akan diberi hyperlink untuk login semula dengan menggunakan ID dan kata laluan yang baru dicipta tadi.

Jadi kita login semula dan lepas tu dah bolehlah semak penyata KWSP secara online.

Cara Semak Akaun KWSP

Untuk membuat semakan baki KWSP online pula lihat panduan di bawah ini.

Pertama sekali apa yang korang perlu buat adalah, Login ke i-Akaun KWSP : https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login serta Pergi ke menu Account.

Selepas itu, Klik pada ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’ dan Klik View Details.

Segala maklumat akaun akan dipaparkan seperti di bawah. Lihat Gambarnya guys.

Cara Semak Akaun KWSP

Boleh juga print terus untuk kegunaan permohonan pinjaman perumahan atau urusan-urusan lain. Senang kan? Tak payah beratur panjang lagi.

Cara Semak Akaun KWSP – Dividen

Jika selesai sahaja membuat semakan baki akaun kwsp, anda juga boleh semak dividen kwsp secara online seperti yang kami sediakan panduan di bawah ini.

Cara beza sedikit seperti di atas. okk” Pertama sekali Log masuk ke i-Akaun KWSP https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login, pergi ke menu serta Dividend dan klik View Details.

Dan maklumat pembayaran dividen anda akan dipaparkan seperti gambar di bawah ini.

Cara Semak Akaun KWSP

Permohonan & Cara Semak Akaun KWSP

Untuk permohonan pula kita juga boleh memohon pengeluaran atas sebab yang dibenarkan dan mengemaskini maklumat dengan mudah.

Bila dah daftar i-Akaun, kita bukan setakat boleh semak penyata akaun KWSP saja.

Tetapi KWSP juga membenarkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 di bawah pengeluaran perumahan untuk tujuan membiayai pembelian rumah, mengurang / menyelesaikan baki pinjaman perumahan dan ansuran bulanan pinjaman perumahan.

Selain itu, ia juga boleh juga dikeluarkan bagi tujuan pendidikan seperti untuk melangsaikan hutang PTPTN.

Jika kita lihat pada laman web KWSP, antara kemudahan i-Akaun KWSP yang disediakan adalah :

  • Memohon e-Pengeluaran
  • Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
  • Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
  • Menyemak maklumat penamaan
  • Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
  • Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
  • Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
  • Menyemak log aktiviti i-Akaun

Jadi, memang mudahlah kalau kita ada i-Akaun dengan KWSP.

Tak payah fikir nak bersesak cari parking, cari pejabat atau kios KWSP, dan tak payah nak beratur panjang di kaunter kan?.. Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah secara online je kan?
Semuanya kita boleh buat sendiri di rumah secara online je kan?

Maklumat Lanjut Tentang Cara Semak Akaun KWSP

Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran i-Akaun klik pautan di bawah ye.

http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/member/online-services atau boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di nombor 03-89226000.

Cara Semak Akaun KWSP

Perlu anda ketahui Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan Cara Semak Akaun KWSP sahaja. Pihak admin tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Anda juga mungkin berminat dengan artikal tentang Pakar Ekonomi Jangka Dividen KWSP Lebih Rendah Untuk 2022.

Klik Pautan Untuk Baca.

Baca Juga : Program Bantuan RM200 Untuk B40 Terkini 2022

Leave a Comment