Pakar ekonomi jangka dividen KWSP lebih rendah untuk 2022 berikutan jumlah pendapatan pelaburan yang lebih lemah yang dicatatkan semasa suku pertama berakhir 31 Mac 2022.
Pakar Ekonomi
Dana pencen itu hari ini mengumumkan bahawa jumlah pendapatan pelaburannya telah merosot kepada RM15.85 bilion pada suku pertama 2022 berbanding RM19.29 bilion yang dicatatkan semasa suku pertama tahun lepas berikutan penurunan dalam pasaran di seluruh dunia. Menurut seorang
pakar ekonomi malaysia Yeah Kim Leng. Katanya lagi.
“Kadar dividen KWSP dijangka jatuh seiring dengan pendapatan pelaburan yang lebih rendah,”
kata Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Yeah Kim Leng kepada Bernama ketika dihubungi.
Pakar Ekonomi Malaysia.
KWSP
Tahun lepas, KWSP sebagai salah satu dana persaraan tertua dan terbesar di dunia, mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.10 peratus untuk simpanan konvensional dan 5.65 peratus bagi simpanan Syariah.
Menurut Yeah lagi, konflik Rusia-Ukraine yang berpanjangan termasuk inflasi serta peningkatan kadar faedah seperti kenaikan 75 mata asas oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan jangkaan pertumbuhan global disemak semula ke bawah.
Dividen
kita mungkin melihat pendapatan pelaburan bertahan untuk membolehkan dividen yang memuaskan, yang kemungkinan besar akan lebih rendah daripada tahun sebelumnya,” katanya.
Sekiranya ia mampu mencatatkan perkembangan yang baik dan China dapat meneruskan aktiviti biasa di tengah-tengah dasar sifar COVID-19.
Profesor Ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) Geoffrey Williams mempunyai pendapat yang sama, beliau tidak menjangkakan dividen yang tinggi untuk 2021 akan diulangi pada tahun ini memandangkan isyarat awal sudah boleh dibaca berdasarkan persekitaran pelaburan secara umum.
Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah rujukan artikel berkaitan sahaja menurut penerangan yang dieri olh pakar ekonomi. Myinfokerja tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
Lihat Juga: Program Bantuan RM200 Untuk B40 Terkini 2022
Lihat Juga : Kadar Pembayaran BKM Dan Semakan Status Terkini Jun 2022