Permohonan i-Saraan KWSP & Manfaat
Permohonan i-Saraan KWSP merupakan salah satu inisiatif dan manfaat di bawah SKIM PENJANA yang telah diumumkan oleh kerajaan pada Mei tahun lalu.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berharap insentif geran padanan yang diberikan ini akan mendorong lebih ramai pekerja sektor berkenaan mencarum dalam program ini.
Sebagai ahli insentif atau pencarum, anda akan menerima sumbangan kerajaan sebanyak 15% atau jumlah maksimum RM 250 setahun.
Insentif Persaraan atau i-Saraan dengan caruman sukarela membolehkan anda suri rumah dan yang bekerja sendiri (tiada pendapatan tetap) untuk tetap membuat caruman seperti pekerja awam dan swasta setiap bulan.
Lihat Juga : Pengeluaran Khas KWSP RM10000 2.0 Terkini
Berikut merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan i-saraan KWSP ini.
Antaranya adalah individu yang bekerja sendiri atau inividu yang tiada pendapatan tetap, termasuk juga suri rumah dan pekerja pencen.
Mestilah warganegara malaysia dan merupakan seorang pencarum KWSP serta berumur 55 tahun ke bawah.
Cara Memohon Permohonan
Kepada yang berminat melakukan permohonan i-Saraan KWSP, anda boleh hadir ke mana-mana kaunter KWSP berdekatan bersama dokumen seperti di bawah ini.
Borang i-Saraan – KWSP 16G (M) (PENDAFTARAN KALI PERTAMA SAHAJA) DOWNLOAD BORANG.
Borang i-Saraan – KWSP 6A (2) (SEMASA BAYARAN) DOWNLOAD BORANG.
Bayaran dalam tunai dan cek atau melalui perbankan internet (Penggunaan borang tidak diperlukan) sertakan juga
MyKad.
Minimum pembayaran – tiada had dan maksimum pembayaran adalah RM 60,000 setahun untuk semua pencarum.
MANFAAT YANG BAKAL DITERIMA
Antara manfaat yang bakal diterima oleh pencarum yang membuat permohonan i-saraan KWSP ini adalah dapat menyediakan saluran persaraan kepada mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap.
Pencarum juga mampu menikmati dividen tahunan atas simpanan persaraan anda dan membolehkan pencarum menerima insentif 15% atau RM 250 setahun.
Bantuan kematian juga akan disediakan sebanyak RM 2,500 mengikut terma dan syarat KWSP pencarum.
SENARAI GOLONGAN YANG BEKERJA SENDIRI
Di bawah merupakan senarai golongan yang bekerja sendiri dan boleh membuat permohonan i-Saraan :
- Petani
- Nelayan
- Pemandu teksi / e-hailing
- Pengasuh bayi
- Ejen insurans dan hartanah
- Freelancer seperti penyanyi,pelakon,perunding dan lain-lain
- Pemilik perniaagan dalam talian
- Pemilik perniagaan
- Pemilik praktis sendiri (peguam, akauntan, doktor)
- Suri rumah
- Sudah berpencen
Perlu anda ketahui Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan sahaja.
Pihak admin tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.
Baca juga : Program Bantuan RM200 Untuk B40 Terkini Julai 2022