Bantuan RM300 Barang Dapur Dikreditkan Setiap Bulan & Permohonan
Bantuan RM300 Barang Dapur. Permohonan RM300 Bantuan Barang Dapur Dikreditkan Setiap Bulan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan RM300 Barang Dapur – Selaras dengan itu, terdapat satu inisiatif yang dikenali sebagai BINGKAS yang melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM300 kepada yang layak.
Bantuan RM300 Barang Dapur
“Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak rm108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” kata Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Dato’ Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan Bajet Selangor 2023.
Bantuan RM300 Barang Dapur – Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang melibatkan pemberian e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.
Program ini meluaskan capaian dan menambahbaik Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) supaya manfaatnya dapat dirasai bukan sahaja golongan ibu tetapi juga anggota keseluruhan keluarga dengan menyasarkan sebanyak 30,000 buah keluarga dengan bantuan RM 300 bagi setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas serta peralatan pendidikan.”
Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor atau BINGKAS bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak sewaktu mengharungi pasca pandemik.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang bantuan BINGKAS ini.
– Warganegara Malaysia
– Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
– Pengundi berdaftar di negeri Selangor
– Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
– Pendapatan isi rumah di bawah rm3,000 sebulan
– Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah secara automatik ke paras rm300 setiap bulan.
Semak sini: Jawatan Kosong Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kini Dibuka, Mohon Sekarang!
Cara Membuat Permohonan
Bagi permohonan mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan pantas boleh dikemukakan secara online dalam sistem pendaftaran BINGKAS
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen penting sokongan berikut:
– Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
– Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
– Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
– Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
– Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
– Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
– Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Semak juga: Berita Baik kepada semua Penerima: Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha