Bantuan Sara Hidup RM250 Disalurkan Secara Bulanan
Bantuan Sara Hidup RM250 Disalurkan Secara Bulanan. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Bantuan Sara Hidup RM250 Disalurkan Secara Bulanan
Bantuan Sara Hidup RM250
Kadar bayaran elaun sara hidup bulanan adalah sebanyak RM250.00 bagi setiap nelayan darat tulen yang layak ini juga adalah bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan kepada Jawatankuasa Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) Ibu Pejabat Perikanan dan Pejabat Perikanan Negeri bagi melaksanakan bayaran elaun sara hidup ini secara sekata di seluruh negara.
Syarat Kelayakan
Memiliki MyKad (Biru)
Mendapat Pengesahan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK)/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP)/Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA) ataupun ketua badan-badan komuniti nelayan kawasan yang ditubuhkan di bawah penyeliaan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah
Ketua Isi Rumah atau salah seorang daripada ahli keluarga yang menjalankan aktiviti penangkapan ikan
Bayaran elaun sara hidup bulanan ini hanya disalurkan kepada nelayan darat tulen sahaja
Bantuan Sara Hidup RM250 Disalurkan Secara Bulanan
Definisi nelayan darat tulen adalah seperti berikut:
warganegara Malaysia berumur tidak kurang daripada 18 tahun yang terlibat dalam aktiviti penangkapan ikan di perairan sungai (termasuk tasik, bekas lombong, empangan dan lain-lain perairan umum)
menjalankan aktiviti penangkapan ikan tidak kurang daripada 25 hari setiap bulan
sekurang-kurangnya 75 peratus jumlah pendapatan adalah daripada penangkapan ikan
tiada pekerjaan yang memberikan pendapatan tetap
bebas dari aktiviti penagihan dadah dan menjalani saringan air kencing dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)
tidak mempunyai caruman dan akaun KWSP yang aktif
mempunyai lesen perkakas atau vesel menangkap ikan atau berdaftar secara pentadbiran dengan Jabatan Perikanan Malaysia bagi Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian bagi Sarawak dan Jabatan Perikanan Sabah bagi Sabah.
Cara memohon
Permohonan boleh dikemukakan kepada Pejabat Perikanan Daerah yang berhampiran
Nelayan darat tulen perlu mengisi Borang Permohonan Elaun Nelayan Darat atau Borang Pembaharuan Elaun Nelayan Darat dengan menyertakan dokumen seperti berikut:
Salinan MyKad
Salinan lesen perkakas atau vesel menangkap ikan yang masih sah berkuatkuasa bagi nelayan yang telah memiliki lesen
Salinan Borang Pendaftaran dan Pengesahan Nelayan Darat
Salinan buku akaun Agrobank atau bank yang bersesuaian sekiranya tiada perkhidmatan Agrobank di lokasi tersebut
Gambar pemohon
Lain-lain dokumen sokongan (jika perlu)
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut sila rujuk – DISINI
Semak Juga: Berita baik kepada semua penerima: Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha
Bantuan Sara Hidup RM250 Disalurkan Secara Bulanan
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Bantuan Sara Hidup RM250 Disalurkan Secara Bulanan