Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha
Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha – Kini Belanjawan 2023, Ma
laysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
STR Fasa 3 Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha
[DIKEMAS KINI] Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa ketiga akan dibayar kepada penerima golongan B40 sebelum sambutan Hari Raya Haji.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan melebihi RM2 bilion yang memanfaatkan lapan juta penerima di seluruh negara.
“Selain itu, (bayaran) e-Tunai Belia Rahmah RM 200 dalam kepada belia (berusia) 18 sehingga 21 tahun akan disalurkan sebelum minggu ketiga bulan ini,” kata beliau pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad (BN- Parit Sulong) yang ingin tahu pembaharuan dibuat kerajaan dalam pendekatan dan tatakelola undang-undang atau peraturan untuk mengekang ketirisan serta kebocoran wang awam selain sama ada kerajaan akan meneruskan pelaporan perbelanjaan dan pemantauan Belanjawan Negara.
Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sejumlah RM158 bilion atau 41 peratus daripada keseluruhan Belanjawan 2023 telah dibelanjakan sehingga Mei lepas dan menyifatkan ia sebagai kapasiti terbaik suku tahun pertama jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
Beliau memperincikan RM158 bilion tersebut meliputi RM3 bilion bagi bayaran fasa pertama dan kedua STR yang memanfaatkan 8.7 juta penerima; Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih 1 juta pesara dan RM3 bilion bagi subsidi bil elektrik.
Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha
Jumlah Bantuan STR FASA 3
Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.
Kategori Isi Rumah RM 0 – RM 2,500
– Tiada anak – RM 300
– 1 Hingga 2 – RM 400
– 3 hingga 4 – RM 600
– 5 dan ke atas – RM 800
Kategori Isi Rumah RM 2,501 – RM 5,000
– Tiada anak – Tiada bayaran
– 1 hingga 2 – RM 150
– 3 hingga 4 – RM 200
– 5 dan ke atas – RM 250
Kategori Bujang, Bujang OKU dan Warga Emas
– RM 150 seorang
Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha
Semak Juga: Perdana Menteri Umum Tarikh Pembayaran STR Fasa 3 Diawalkan
Join Telegram:
https://t.me/portalsemakanmalaysia
https://t.me/+-fA7kactC-44OTQ1
Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.Bayaran STR Fasa 3 Akan Dikreditkan Sebelum Aidiladha