Kemungkinan GST Dilaksana Semula Rafizi Tidak Tolak : Terkini
Kemungkinan GST Dilaksana Semula Rafizi Tidak Tolak : Terkini , Rafizi Tidak Tolak Kemungkinan GST Dilaksana Semula. Dalam Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.
Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.
Semak sini: Bantuan RM300 Barang Dapur Dikreditkan Setiap Bulan & Permohonan
Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, Pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mungkin akan dilaksanakan semula apabila sudah tiba masanya. Pelaksanaan semula GS T seharusnya bersifat lebih progresif.
“Pandangan saya mengenai GS T ialah apabila tiba masanya, ia adalah sesuatu yang kita perlu lihat tetapi sebelum itu, kita mempunyai laluan yang mencukupi untuk tempoh 12 hingga 15 bulan akan datang untuk memperbaiki perkara yang berada dalam kawalan kita.
“Sebagai contoh, kita (kerajaan) mampu menguruskan perbelanjaan kita dengan lebih baik kali ini,” katanya.
Dalam pada itu, Rafizi menjelaskan, pelaksanaan semula GS T itu tidak seharusnya dijadikan sebagai langkah kerajaan untuk meraih tabung kerajaan yang lebih tinggi.
“Kadar GST boleh dinaikkan dengan mudah daripada 5 peratus kepada 20 peratus jika kerajaan tidak membetulkan isu berkaitan tadbir urus, perbelanjaan dan kecekapan belanjawan.
“Ini hanya akan menyebabkan belanjawan negara dan kewangan awam dalam keadaan lemah yang berterusan,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada forum ekonomi anjuran alumni penjawat awam di ibu negara pada Selasa.
Tambahnya, terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan sebelum keputusan melaksanakan semula GST dengan lebih berkesan dan bukan hanya untuk mencapai kutipan cukai yang lebih tinggi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, kerajaan tidak bercadang untuk melaksanakan semula GST yang telah dimansuhkan pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Sumber : Sinar Harian Online