Bantuan Ibu Bersalin Tahun 2022 Mohon Sekarang

Bantuan Ibu Bersalin Tahun 2022 Mohon Sekarang. Ramai yang tidak mengetahui Bantuan Ibu Bersalin (BIB) masih lagi diteruskan bagi tahun 2022 untuk pemohon yang layak.

Anda boleh mendapatkan borang permohonan Bantuan Ibu Bersalin ini dengan cara memuat turun secara online melalui laman sesawang Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK).

Berikut merupakan info lanjut berkenaan Bantuan Ibu Bersalin, syarat-syarat dan cara membuat permohonan.

Bantuan Ibu Bersalin

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini.

Dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019, YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan Bantuan Ibu Bersalin berjumlah RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2021.

Syarat Permohonan

Ibu yang memegang Kad Pengenalan Sarawak iaitu berstatus ‘K’ atau isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection). Apabila kandungan mencapai usia 22 minggu dan ke atas sehingga 3 bulan selepas bersalin, pendaftaran boleh dibuat.

Warganegara Malaysia dan Melahirkan anak di dalam atau luar Sarawak.

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat melalui kaedah Online melalui pautan di bawah yan kami sediakan atau secara manual melalui Borang Permohonan.

http://bit.do/permohonanbib

Borang Permohonan boleh didapati melalui kaedah muat turun di pautan di bawah atau Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak KWKPK (Kuching sahaja)

http://bit.do/borangbib

Kaedah Penghantaran Borang

Anda boleh menghantar borang permohonan dengan cara berikut:

Boleh diserahkan kepada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Daerah / Pejabat Daerah / Cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak / KWKPK (Kuching sahaja)

Bagi semakan status Bantuan Ibu Bersalin, sila hubungi pihak KWKPK melalui:

Tel: 082-44250 (waktu pejabat).
Facebook: https://www.facebook.com/isarawakcare/ atau E-mel: [email protected].

Muat Turun Borang Permohonan

KLIK DI SINI untuk memuat turun Borang Permohonan Bantuan Ibu (BIB).

Perhatian – Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan sahaja. Myinfokerja tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Bantuan Ibu Bersalin

Bantuan Ibu Bersalin

Bantuan Ibu Bersalin

Lihat Juga : Bantuan Laptop: Permohonan Secara Free Bagi Golongan B40

Lihat Juga : Bayaran BKM Fasa 2 Mengikut Jadual Bank Masing – Masing

Leave a Comment