Bayaran BKM Fasa 2 Mengikut Jadual Bank Masing – Masing

BKM Fasa 2 – Pembayaran akan bermula pada 27 Jun 2022 ini. Dan berikut adalah Tarikh jadual pembayaran mengikut bank masing-masing. Semak maklumat lanjut di bawah.

TARIKH RASMI BAYARAN BKM FASA 2

Sebanyak RM 1.11 bilion bantuan akan diagihkan kepada kesemua rakyat yang layak. Menurut Menteri Kewangan, bayaran akan bermula pada 27 Jun 2022 seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang 22 Jun.

JADUAL TARIKH BAYARAN MENGIKUT BANK

Berikut adalah jangkaan jadual pembayaran BKM Fasa 2 mengikut bank-bank para penerima BKM :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN) – Bayaran bermula 27 Jun secara berperingkat
  • Affin Bank – Bermula 28 Jun
  • RHB Bank – Bermula 28 Jun
  • Bank Islam – Pembayaran berperingkat bermula 28 Jun
  • Maybank – Pembayaran bermula 28 Jun
  • Bank Rakyat – Pembayaran bermula 28 Jun ini
  • Am Bank – Dijangkakan pada 28 Jun
  • Bank Muamalat – 28 Jun

OBJEKTIF BANTUAN

Menurut Facebook rasmi Menteri Kewangan, BKM Fasa 2 ini adalah untuk meringankan beban rakyat, kerajaan menyalurkan RM 1.1 bilion melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan Bantuan Tunai Tambahan yang akan mula disalurkan pada 27 Jun nanti.

SEMAKAN STATUS BKM

Jumlah bayaran bantuan BKM ini adalah di antara RM 100 hingga RM 400 bagi setiap kategori kelayakan.

Sila rujuk gambar di bawah jumlah bayaran terperinci mengikut kategori kelayakan berikut.

BKM FASA 2

BKM FASA 2

BKM FASA 2

BANTUAN TAMBAHAN

Bantuan tambahan ini tidak termasuk bantuan tambahan yang berjumlah RM 500 dan RM 300 yang telah diumumkan sejak Januari lepas.

Kerajaan akan memberikan BKM tambahan Fasa 2 bermula 27 Januari ini.

Kerajaan akan memberikan Bantuan Tunai Tambahan, Menurut Menteri Kewangan, secara keseluruhan RM 1.74 bilion diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah.

Perhatian – Semua artikel Myinfokerja share diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan sahaja. Myinfokerja tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Rujuk Juga : Senarai BKM Tambahan Khas Golongan Bujang B40 2022

Baca Juga: Pakar Ekonomi Jangka Dividen KWSP Lebih Rendah Untuk 2022

SUMBER RASMI: https://budget.mof.gov.my/2022/

Link pautan login masuk bkm hasil gov my / https://bkm.hasil.gov.my semakan 2022 (telah diaktifkan).

Leave a Comment