Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Telah Mula Dikreditkan
Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Telah Mula Dikreditkan – “Program BINGKAS akan diteruskan pada 2023 dengan peruntukan tahunan sebanyak RM108 juta untuk diagihkan kepada 30 ribu keluarga yang layak.” Kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika membentangkan belanjawan selangor 2023.
Bantuan e-Wallet RM300 – Bingkas. Dalam usaha untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan.
Salah satunya adalah melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) yang melibatkan pemberian e-Wallet sebanyak RM300 setiap bulan kepada isi rumah yang layak.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut mengenai bantuan e-Wallet ini.
Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Telah Mula Dikreditkan
Syarat Kelayakan Permohonan
– Warganegara Malaysia
– Lahir di negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun
– Pemilih berdaftar di negeri Selangor
– Keluarga yang mempunyai tanggungan berusia 18 tahun ke bawah
– Pendapatan isi rumah bawah RM3,000 sebulan
– Bantuan e-dompet ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan di pasaraya berdaftar tanpa wang tunai (cashless). Jumlah e-dompet ini akan ditambah ke paras RM300 setiap bulan secara automatik.
Semak Juga: Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023
Mohon Juga: Bantuan Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Kepada Ahli KWSP
Cara Membuat Permohonan
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bingkas boleh dikemukakan secara online di sistem pendaftaran BINGKAS
Pemohon juga perlu melampirkan dokumen sokongan berikut:
– Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan)
– Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Pengesahan Belajar daripada IPTA atau IPTS (Anak-anak / Tanggungan)
– Salinan Sijil Kematian / Perceraian / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal)
– Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara)
– Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta)
– Pengesahan Penyata pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
– Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti seperti ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja)
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BINGKAS, boleh rujuk portal rasmi di https://bingkasselangor.com/
Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Telah Mula Dikreditkan
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Telah Mula Dikreditkan