Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023 – Untuk makluman, program perumahan rakyat termiskin (PPRT) telah disediakan oleh kerajaan.

Untuk sedia maklum, program rumah PPRT ini adalah bertujuan untuk membantu rakyat memiliki rumah sendiri terutama untuk golongan miskin tegar. Dengan adanya inisiatif ini secara langsung dapat meningkatkan kualiti kehidupan rakyat yang memerlukan.

Inisiatif khas ini diberikan dengan cara membaik pulih rumah atau membina rumah baru yang bertujuan menyediakan tempat kediaman yang lebih selesa dan selamat. Perkara ini adalah sebagai asas pertumbuhan yang positif bagi sesebuah keluarga.

Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

KATEGORI JENIS RUMAH PPRT
Untuk makluman, program PPRT ini melibatkan 2 kategori yang boleh dimohon seperti berikut :

BINA BARU RUMAH

– Inisiatif bantuan pembinaan rumah baharu akan diberikan kepada golongan yag tidak lagi mempunyai rumah sendiri atau rumah yang didiami waktu ini terlalu usang dan tidak selamat untuk ditinggal.

BAIK PULIH RUMAH

– Bagi baik pulih rumah melibatkan 3 elemen penting iaitu penambahbaikan, penyelenggaraan dan requisitin. Permohonan bantuan ini dibuka kepada mereka yang mempunyai rumah usang atau mempunyai kerosakan dan masih boleh dibaiki.
– Kepada pemohon, sila lampirkan surat kebenaran bagi kes menumpang tapak tanah dari pemilik.

Semak Juga: Pengumumam Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2023

Mohon Juga: Bantuan Tambahan RM500 Akan Dikreditkan Kepada Ahli KWSP

KATEGORI LAYAK MOHON
Untuk pengetahuan umum, program rumah PPRT ini terbuka kepada rakyat Malaysia dan lebih diberi keutamaan kepada golongan seperti berikut :

Warganegara Malaysia
Golongan warga emas
Mangsa bencana alam yang berskala kecil
Orang kelainan upaya (OKU)
Bapa atau ibu tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga yang tinggal bersama
Keutamaan program rumah PPRT ini adalah kepada daerah dan negeri yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi.

PANDUAN PERMOHONAN RUMAH PPRT
Kepada golongan yang belum mempunyai rumah dan merupakan golongan yang memerlukan, permohonan boleh dibuat secara atas talian (online). Sila layari laman rasmi eSPKR – DI SINI

Panduan permohonan rumah PPRT tahun 2023 telah disediakan lengkap di laman rasmi diatas.

MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Leave a Comment