BSN tawar pinjaman MyRinggit Insan-i

BSN tawar pinjaman MyRinggit Insan-i

BSN tawar pinjaman MyRinggit Insan-i – Bank Simpanan Nasional (BSN) menawarkan BSN MyRinggit Insan-i, kemudahan pembiayaan peribadi di bawah Fasiliti Sokongan Akaun 2 KWSP, bermula hari ini.

Bank itu dalam satu kenyataan berkata, BSN MyRinggit Insan-i ditawarkan dalam bentuk pembiayaan peribadi patuh syariah kepada pencarum KWSP berumur 40 hingga 50 tahun yang tidak muflis dengan kedudukan kewangan memuaskan.

Selain itu, semua permohonan adalah tertakluk kepada penilaian kemampuan pembayaran yang ditetapkan untuk memastikan pemohon berkeupayaan membayar ansuran bulanan pembiayaan.

“Pelanggan yang ingin memohon BSN MyRinggit Insan-i boleh mendapatkan jumlah pembiayaan RM3,000 hingga RM50,000 dengan kadar pembiayaan Kadar Asas Standard + 1.75 peratus (kadar keuntungan 4.5 peratus setahun) untuk tempoh maksimum pembayaran ansuran bulanan selama 10 tahun atau 120 bulan,” kata kenyataan itu.

Semak Juga: Panduan Permohonan Rumah PPRT Tahun 2023

Mohon Juga: Kenyataan Anwar ini agak pelik serta ganjil – Dr M

Tambahnya, pelanggan boleh memilih pelbagai saluran pembayaran ansuran bulanan melalui:

a) Pembayaran tunai di kaunter BSN

b) Arahan Tetap Akaun Giro-i BSN

c) Arahan Tetap daripada Institusi Kewangan lain

d) IBG/ ATM / CDM / myBSN

BSN tawar pinjaman MyRinggit Insan-i

Permohonan BSN MyRinggit Insan-i dibuka secara dalam talian melalui laman web BSN www.bsn.com.my/page/Insan-i.

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment