Tuntutan Rakyat akan didedahkan dalam Bajet 2022 oleh Pemuda UMNO (i-Citra 10k)

Asyraf Wajdi dedah tuntutan rakyat bakal diumumkan dalam Bajet 2022

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi bayangan bahawa tuntutan rakyat yang dibangkitkan Pemuda UMNO termasuk pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 secara ‘one-off’ bakal dilaksanakan kerajaan.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan Asyraf Wajdi terdapat tuntutan yang akan diumumkan dalam Bajet 2022 kelak.
  • “Malam kelmarin, selepas mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi, sempat ‘follow-up’ beberapa isu utama untuk diberikan perhatian Perdana Menteri, antaranya tuntutan rakyat mengenai KWSP i-Citra RM10,000 secara ‘one-off’, moratorium tanpa faedah terakru dan isu-isu kebajikan dan keselamatan pekerja muda dalam industri ekonomi gig, khususnya P-hailing dan E-hailing.
  • “Perdana Menteri menyatakan bahawa perkara-perkara yang Pemuda UMNO bangkitkan itu telah diminta untuk Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengambil tindakan. Ada yang akan diumumkan dalam Bajet 2022 nanti,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.
  • Asyraf berkata, beliau telah memaklumkan agar harapan rakyat itu dapat disegerakan terutama berhubung moratorium dan i-Citra.
  • “Ini kerana ramai sangat yang berharap dan berada dalam keadaan terdesak. Moga sama-sama doakan agar yang diharapkan ini bakal menjadi kenyataan,” katanya.

Sumber: msnnews

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment