Kebenaran merentas negeri selewat-lewatnya bulan Oktober – Muhyiddin

Merentas negeri dinanti pada bulan ini

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini bahawa kerajaan berkemungkinan membenarkan semua orang dapat merentas negeri selewat-lewatnya bulan ini adalah berita yang pastinya menggembirakan.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Keputusan merentas negeri itu dikatakan diambil berdasarkan data setelah kadar vaksinasi meningkat hampir 90 peratus.
  • “Saya percaya ramai nak balik kampung. Sesetengah tu dah setahun lebih tak tengok ibu bapa mereka, ada juga sesetengah ibu bapa tak sihat. Saya tahu kalau arwah mak saya dulu, kalau tak balik setiap minggu atau dua minggu sekali, dia akan menangis kalau telefon saya.
  • “Ramai saya percaya mempunyai situasi seperti yang saya pernah hadapi dulu. Kita faham tapi kerana masalah kesihatan kita sekat dahulu pergerakan.
  • “Tapi saya dah kata kita tak akan sekat pergerakan rakyat kita selama-lamanya. Saya dah umumkan, kalau 90 peratus rakyat secara keseluruhannya menerima dua dos vaksin, kita akan benarkan pergerakan rentas negeri,” katanya lagi.
  • Beliau berkata demikian dalam program wawancara khas Eksklusif Bersama Perdana Menteri, yang disiarkan di Astro AWANI, TV3, dan RTM pada Ahad malam.
  • Perdana Menteri berkata, beliau percaya ketika ini kadar vaksinasi lengkap populasi dewasa sudah mencapai antara 86 hingga 87 peratus, dan sejurus ia mencapai 90 peratus, beliau sendiri akan umumkan kebenaran itu serta-merta.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment