Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Kategori Bujang, Keluarga

Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Kategori Bujang, Keluarga

Bantuan Tunai Rakyat STR Fasa 2 (BTR) kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Bayaran Fasa 1 akan telah disalurkan pada 17 Januari 2023, dan rata-rata penerima bantuan sebelum ini menunggu tarikh bilakah wang STR Fasa 2 akan disalurkan kepada penerima.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, PM mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak. Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

Semak sini: Kerajaan digesa benar keluar KWSP sebelum sekolah buka Mac ini

Semak juga: Bayaran Bantuan RM300 Untuk B40 & M40

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2

STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Kerajaan dengan pimpinan perdana menteri sebelum ini ada melaksanakan skim bantuan yang dikenali sebagai BSH, BKM, BPN, BPR.

Kerajaan menyalurkan sumbangan tunai kepada golongan B40 menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berjumlah sehingga RM3,100.

Untuk tahun 2023, BTR iaitu (Bantuan Tunai Rakyat) telah diumumkan dalam pembentangan Mini Bajet 2023. Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023).

Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Mengikut Portal Belanjawan yang dikemaskini pada 24 Februari 2023, tarikh bayaran STR Fasa 2 adalah pada bulan April 2023. Bantuan Tunai Fasa 1 telah diawalkan pada Januari 2023.

Bagi fasa seterusnya, kerajaan melakukan beberapa pembaharuan bagi Belanjawan 2023 dengan memberi bayaran tambahan kepada kategori Miskin Tegar dan juga sumbangan bakul makanan serta baucar untuk barangan makanan asas.

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

Terdapat 2 kategori penerima STR iaitu:

– Ketua Isi Rumah (KIR)
– Bujang
– Jumlah bayaran bagi Fasa 2 telah dikemaskini di Portal Belanjawan 2023 dan jumlahnya adalah seperti berikut:

Kategori Isi Rumah

– Pendapatan Bulanan RM2500 ke bawah : RM200
– Pendapatan bulanan RM2500 – RM5000 : RM200
– Kategori Warga Emas Sebatang Kara 60 tahun ke atas

Pendapatan bulanan RM5000 ke bawah : RM100
Bujang 21-59 Tahun

Pendapatan RM2500 ke bawah : RM100
Bujang OKU 19-59 Tahun

Pendapatan bulanan RM2500 ke bawah : RM100

STR Fasa 2

Cara Semakan STR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

Klik lok masuk MySTR
Masukkan nombor Mykad pemohon
Pengesahan kata kunci keselamatan
Maklumat yang akan dipaparkan :
Nama pemohon
No Mykad pemohon
Status permohonan
Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
Masukkan kata laluan
Disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

STR Fasa 2

Lupa Kata Laluan STR

Untuk makluman, segala maklumat asal BKM telah tersedia ada dalam akaun MYSTR.

Oleh itu, untuk login ke akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan seperti dalam Portal BKM dahulu.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan jika mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu:

Layari laman web STR di pautan
Klik “Terlupa Kata Laluan“
Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
Masukkan e-mel yang didaftarkan & klik “Seterusnya”.
Semak sekiranya kata kunci keselamatan adalah betul, kemudian klik “Ya”.
Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
Masukkan kata laluan dan baru dan pengesahan kata laluan. Kemudian, klik “Tukar Kata Laluan”.
Anda akan menerima notifikasi Penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Untuk Maklumat Lanjut mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Hotline STR LHDNM, Hotline STR MoF atau Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Leave a Comment