Kena gertak dngan jaguh kampung. Nampak hero tapi panggil mami. Membebel marah pun comel.

Kena gertak dengan jaguh kampung. Nampak hero tapi panggil mami. Membebel marah pun comel.

Ditinggalkan risau kesepian, dibawa takut terlepas hilang tak kunjung semula, mesti ini yang selalu pemilik haiwan kesayangan selalu risau jika tinggalkan kucing di rumah jika mahu bercuti panjang namun tak kurang juga sesetengah pemilik turut membawa haiwan peliharaan mereka ke kampung halaman . Itulah yang berlaku pada seekor kucing oren yang mencuri perhatian netizen ketika melihat reaksinya.

kucing bertali

Bukan itu sahaja, reaksinya yang pertama kali berjumpa dengan kucing di kampung juga turut sama mencuit hati netizen. Video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih hampir setengah juta tontonan setakat ini di mana rata-rata netizen turut terhibur melihatnya.

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya semasa dibawa berjalan di kampung halamannya. Namun tidak lama kemudian, muncul seekor kucing kampung yang memerhatikan kucingnya dari jauh.

Tidak cukup dengan itu, kedua-dua mereka kemudian mula bersikap agresif dan ingin menyerang satu sama lain. Apa yang menarik perhatian ialah kucing kampung itu dilihat turut berasa pelik melihat kucing itu yang dipakaikan tali pada badannya.

Lebih melucukan, kucing berwarna oren ini akhirnya terpaksa didukung oleh pemiliknya itu untuk menenangkannya selepas itu. Menurut pemiliknya, kucingnya itu hanya berpura-pura garang sahaja walaupun sebenarnya takut dengan kemunculan kucing kampung di situ.

Di ruangan komen, netizen turut sama ‘geram’ melihat kecomelan kucing itu yang kononnya cuba berlakon garang. Malah ada juga yang berseloroh pertemuan di antara kedua-dua kucing itu seperti babak pergaduhan di dalam filem.

Sumber : HGL

Leave a Comment