Saya Dah M4las Nak Fikir Pasal Make Up Bila Keluar – Lisa Surihani

“Saya Dah M4las Nak Fikir Fasal Make Up Bila Keluar” – Lisa Surihani

Umum mengetahui tentang penghijrahan pelakon Datin Lisa Surihani yang kini tampil menutup aur4t sepenuhnya.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 634804988bc2b 240x300 1

Malah penampilan terkininya sering mendapat pujian daripada wargamaya dan tidak kurang juga yang suka melihat wajah Lisa yang lebih natural tanpa sebarang make up yang dikenakan.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 6348049872f4d 300x300 1

Menurut Lisa, 36, dia akui sudah tidak kisah lagi mengenai penggunaan peralatan make up, malah dia berasa sudah malas untuk menata rias wajahnya ketika keluar ke mana-mana.

“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan 1su mengunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.

“Saya sebenarnya dah malas nak fikir sangat pasal make up apabila pergi keluar, kadang rasa tak suka pun nak pakai.

“Kalau ada komen netizen yang kata lebih suka saya tanpa make up, saya tidak berapa nak pasti berkenaan itu.

Lisa ditemui ketika sesi pelancaran musim terbaharu program Next To Neelofa yang bertempat di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 6348049858117 1 240x300 1

Lisa yang juga merupakan salah seorang tetamu jemputan dalam program yang dihoskan oleh usahawan popular, Neelofa itu turut berkongsi mengenai cara melatih dirinya untuk terus beristiqomah.

“Alhamdulillah jalan untuk saya dibuka dengan mudah, walaupun sibuk uruskan anak-anak, tetapi ada sahaja waktu untuk saya melakukan beberapa aktiviti ibadah seperti mengaji dan memasuki kelas agama.

“Apabila bercerita mengenai Istiqomah,itu bukan perkara mudah, hati kita sentiasa berbolak balik namun perlu juga sentiasa mendoakan antara satu sama lain.

“Insyallah dengan berdoa pada Allah, segala urusan kita dipemudahkan.

saya dah malas nak fikir fasal make up bila keluar lisa surihani 63480498a5de0 240x300 1

“Untuk saya kalau nak terus istiqomah, kena ada minat dan disiplin, tanpa kedua-dua perkara itu agak sukar untuk seseorang terus beristiqomah mencari reda Allah,” tambahnya.

Sumber : gempak.com

Leave a Comment