PENDAFTARAN DAN CARA LOGIN SPA8I

SPA8i: Cara Mudah untuk Pendaftaran & Semakan Status Permohonan Kerja Kerajaan

Mulai 28 September 2020, sebarang urusan permohonan pekerjaan dalam perkhidmatan awam hendaklah dibuat melalui sistem baru SPA9. Sebenarnya banyak kebaikan bekerja dengan kerajaan. Ramai yang menyatakan bahawa berkhidmat dengan kerajaan sangat menguntungkan kerana terdapat banyak kemudahan yang disediakan dan lebih terjamin.

spa8i

Antara kelebihan bekerja kerajaan adalah dapat :

GAJI, ELAUN DAN KEMUDAHAN KEWANGAN

  • • Gaji yang kompetitif
  • • Pelbagai jenis elaun
  • • Pinjaman perumahan
  • • Pinjaman kenderaan
  • • Pinjaman komputer

KEMAJUAN KERJAYA

  • • Peluang kenaikan pangkat
  • • Tajaan melanjutkan pelajaran
  • • Berkhidmat di luar negara

KEMUDAHAN CUTI DAN PERUBATAN

  • • Terdapat pelbagai jenis cuti yang disediakan
  • • Perubatan ditanggung oleh kerajaan bagi pegawai serta keluarga pegawai

Permohonan Jawatan Kerajaan Melalui SPA8i

Bagi yang berminat untuk bekerja dalam perkhidmatan awam, permohonan perlu dibuat melalui sebuah aplikasi online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu SPA8i. Melalui portal ini, anda boleh membuat permohonan jawatan kosong di sektor awam sesuai dengan kelayakan di samping mengemaskini data serta menyemak maklumat temuduga.

Kami kongsikan cara pendaftaran SPA8i:

1. BUKA LAMAN WEB

Mula-mula, sila layari laman web rasmi Suruhan Perkhidmatan Awam (SPA) di spa.gov.my
Dan Klik pada ‘Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i)’

2. DAFTAR AKAUN

Langkah yang kedua adalah masukkan MyID. MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisinya.

baca juga : https://myinfokerja.com/4-cara-nak-semak-saman-secara-online-sms/

3. LENGKAPKAN BORANG

Seterusnya sila lengkapkan borang pada pautan berikut:

  • 1. Borang Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) – Server 1
  • 2. Kemaskini Maklumat

Setelah selesai mendaftar dan mengisi maklumat, anda boleh mengemaskini maklumat yang sedia ada pada bila-bila masa. Setiap kali anda melakukan perubahan anda perlu menghantar Pengakuan Pemohon semula untuk memastikan maklumat anda dikemaskini.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, Anda juga boleh menghubungi hotline SPA atau menyalurkan aduan melalui talian 03- 8885 6000.

Leave a Comment