Waktu Operasi Bank Islam

Penyelarasan Waktu Operasi Bank Islam

bank islam

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam)

di Kuala Lumpur telah bercadang untuk mula menyelaraskan semula waktu operasi 46 cawangannya yang berada di negeri Sabah dan Lembah Klang susulan pelaksanaan Perintah KawalaN Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan baru-baru ini.

Mohd Muazzam Mohamed berkata, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam menyatakan bahawa sebanyak 31 cawangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berada di kawasan zon hijau atau kuning akan mula beroperasi dengan waktu terhad dari jam 10 pagi hingga jam 3 petang, manakala baki 15 cawangan di zon merah di Sabah, Selangor dan Kuala Lumpur akan dibuka dengan perkhidmatan yang terhad iaitu dari jam 9 pagi hingga jam 2 petang (khas bagi cawangan Sabah) dan jam 10 pagi hingga jam 3 petang (khas bagi cawangan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya).

baca jugahttps://myinfokerja.com/mudahnya-semak-penyata-kwsp/

Katanya lagi, cawangan Lahad Datu di Sabah akan ditutup sementara waktu susulan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin meningkat.

Beliau juga menambah bahawa, berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di seluruh negara, kerajaan akan mengambil langkah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Ini adalah untuk mementingkan faktor keselamatan pelanggan dan kakitangan, pegawai dan kakitangan Bank Islam sangat komited untuk mematuhi langkah yang diambil bagi mengekang penularan pandemik ini termasuk mengehadkan waktu operasi di cawangan tertentu.

Selain itu, beliau juga menggalakkan pelanggan untuk mula menggunakan platform perkhidmatan perbankan digital termasuk aplikasi mudah alih GO, platform Perbankan Internet Bank Islam (https://www.bankislam.biz) atau terminal-terminal layan diri yang lain. Ianya juga telah menyediakan perkhidmatan E-banker untuk memudahkan lagi transaksi perbankan perniagaan.

 

Leave a Comment