TERKINI: Intipati Sidang Media Khas Ismail Sabri Jam 3 Pada 10 Oktober 2021 (Kebenaran Rentas Negeri)

Sidang Media Khas Ismail Sabri

Perdana Menteri Ke-9 Ismail telah mengumumkan bahawa kebenaran merentas negeri telah diluluskan bermula esok, 11 Oktober 2021, bagi yang telah divaksin lengkap dua dos.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

media

Intipati sidang media khas Ismail Sabri

  • Rentas Negeri dibenarkan untuk seluruh Malaysia mulai esok, 11 Oktober 2021, kata Perdana Menteri sebentar tadi, dengan syarat vaksin hendaklah lengkap dua dos.
  • Rentas negeri tidak dibenarkan bagi mereka yang tidak lengkap menerima vaksin dan kebenaran ini tidak dibenarkan untuk pergerakan ke kawasan PKPD.
  • Polis akan membuat pemeriksaan secara rawak.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya jika mempunyai symptoms, elakkan pulang ke kampung.
  • Aktiviti pelancongan juga dibenarkan dalam negara.
  • MyTravelPass tidak lagi perlu digunakan bagi rakyat yang ingin ke luar negara. Sesiapa sahaja warga Malaysia boleh ke luar negara termasuk aktiviti pelancongan.
  • Setelah proses vaksinasi bermula, data menunjukkan kadar kemasukan ke ICU telah berkurangan sebanyak 83% dan kadar kematian akibat COVID-19 adalah berkurang sebanyak 88%.
  • Rakyat hendaklah mengambil langkah-langkah keselamatan sepanjang prosedur baru ini iaitu mengamalkan TRIIS.
  • TEST – Melakukan ujian pengesanan COVID-19 kendiri sekiranya mempunyai simptom.
  • REPORT – Laporkan kesan ujian pengesanan secepat mungkin di MySejahtera.
  • ISOLATE – Lakukan kuarantin atau pengasingan dengan segera dengan disiplin sekiranya positif
  • INFORM – Laporkan kepada kontak rapat bahawa anda dikesan positif
  • SEEK – Dapatkan rawatan segera di pusat-pusat perubatan berhampiran sekiranya mempunya gejala sakit.
  • Kanak-kanak yang belum boleh vaksin hendaklah dijaga oleh pengawasan penjaga/ibu bapa jika ingin merentas negeri.

 

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment