Perdana Menteri Ismail Sabri akan bersiaran langsung jam 3 petang ini
Jangan lupa untuk saksikan sidang media khas Ismail Sabri pada jam 3 petang ini bersamaan 10 Oktober 2021 di mana beliau dijangkakan akan mengumumkan kebenaran merentas negeri atau bantuan-bantuan tambahan yang telah lama diminta oleh rakyat. Peratus vaksinasi kini adalah 89.7% dan Ismail Sabri pernah menjanjikan jika peratus vaksinasi mencecah 90%, rentas negeri untuk seluruh Malaysia adalah dibenarkan.
–> Sila baca TERKINI: Intipati Sidang Media Khas Ismail Sabri Jam 3 Pada 10 Oktober 2021 (Kebenaran Rentas Negeri)
Intipati kenyataan berita
- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini, dilapor mengumumkan kelonggaran rentas negeri akan dibenarkan apabila negara mencapai 90 peratus kadar vaksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis dibuat KKM.
- Setakat semalam, data vaksinasi golongan dewasa yang dipamerkan di laman web COVIDNOW menunjukkan 89.7 peratus sudah lengkap divaksinasi, naik 0.3 peratus berbanding, kelmarin.
- Rakyat mula bersuara dan mengharapkan agar sidang media khas pada hari ini jam 3 petang adalah yang ditunggu-tunggu dan bukan sekadar khabar sahaja.
- Berikut adalah reaksi-reaksi rakyat melalui aplikasi Twitter:
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih