Semakan i-Sinar KWSP: Semakan Dan Apa Perlu Dibuat Jika Permohonan Akaun 1 Gagal??

Keputusan Permohonan i-Sinar KWSP sangat di nanti-nantikan oleh mereka yang membuat permohonan i-sinar yang lalu.

Mana tidaknya, dengan keadaan ekonomi sekarang ini di tambah pula dengan ramai yang di buang kerja, ia sudah tentulah merupakan satu tekanan buat kita. Pada saat ini sudah tentu ramai yang tertekan memikirkan macam mana nak tampung kehidupan seharian terutama sekali mereka yang sudah mempunyai keluarga.

Dengan kos sara hidup di bandar besar yang semakin hari semakin meningkat, sudah tentulah ia menambahkan lagi tekanan. Jadi, dengan adanya pengeluaran akaun 1 i-Sinar KWSP, ia secara tidak langsung dapat membantu meringankan beban kita.

Macam Mana Nak Semak Keputusan Permohonan i-Sinar KWSP?

i-Sinar KWSP

4 Januari 2021 adalah tarikh yang sangat di nanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Pada waktu inilah masing-masing akan mula memeriksa keputusan permohonan i-Sinar  KWSP yang telah di pohon. Malah sehingga ke hari ini, masih ramai yang memohon kerana tarikh permohoanan di buka sehingga 30 JUN 2021.

Manakala bagi mereka yang sudah membuat permohonan pada 21 Disember 2020 yang lalu sudah boleh membuatkan semakan permohonan. Tetapi timbul pula persoalan susah ke nak buat semakan i-Sinar  KWSP ini?. Sebenarnya, untu membuat semakan tidak sesukar mana. Ada beberapa cara mudah untuk anda buat semakan. Antaranya ialah:

1- Pergi Ke Website Rasmi

i-Sinar KWSP

Untuk membuat semakan, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah dengan layari Website Rasmi i-Sinar KWSPDekat website anda di beri dua pilihan sama ada mahu membuat permohonan atau mahu membuat semakan permohonan akaun 1. Bagi permohonan untuk akaun 2 yang akan di buka tidak lama lagi. Untuk anda yang mahu semak permohonan, anda perlu tekan butang “Semak Status Permohonan”

2- Isikan Butiran Yang Di Minta

i-Sinar KWSP

Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian yang seterusnya. Di bahagian ini anda perlu isikan nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang telah anda daftarkan sewaktu mula-mula daftar i-akaun. Untuk nombor telefon anda perlu klik bahagian nombor telefon anda dan kemudian di ikuti nombor telefon anda. Selepas anda sudah isikan maklumat yang anda perlukan, anda perlu tekan butang “Saya bukan robot” dan kemudian klik butang “semak status”

Baca Juga: 3 Cara Mudah Daftar BSN Online

3- Dapat Keputusan Permohonan

i-Sinar KWSP

Selepas selesai ke semua proses di atas, di bahagian akhir inilah anda akan dapat keputusanya sama ada lulus ataupun tidak. Jika permohonan anda di luluskan dekat bahagian ini akan di nyatakan bila wang tersebut akan di masukkan ke dalam akaun bank anda. Jika anda menggunakan arahan bayaran (PO), jangan risau kerana kerana dekat sini juga akan di beritahu bila notis pembayaran akan di hantar kepada anda.

Kalau Gagal Permohonan Akaun 1 i-Sinar KWSP Boleh Buat Permohonan Ke?

Namun begitu, ada juga antara mereka di luar sana yang gagal dalam permohonan akaun 1 i-Sinar KWSP. Antara sebabnya:

  • No telefon terkini tidak dikemaskini dalam sistem KWSP
  • No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan pertama kali di kaunter
  • No telefon tidak sama dengan nombor telefon yang didaftarkan di kiosk KWSP
  • Tidak daftar I-AKAUN KWSP

Untuk yang gagal dalam permohonan i-Sinar KWSP, buat masa ini pihak KWSP belum beri keputusan sama ada boleh buat rayuan ataupun tidak. Tetapi jika anda mahu mendapatkan pengesahan atau maklumat lebih lanjut, anda boleh terus hubungi pihak KWSP.

Leave a Comment