3 Cara Mudah Daftar BSN Online

Cara daftar BSN online. BSN adalah salah satu bank yang sangat terkenal dan sering menjadi pilihan masyarakat di negara kita.

BSN Online

BSN antara bank yang menjadi pihan ramai dan semakin hari semakin ramai yang membuka akaun dengan BSN. Sama seperti bank lain, bank BSN juga tidak henti-henti di kunjungi para pengunjung untuk pelbagai urusan. Disebabkan itu, pada masa kini BSN mula mengorak langkah dengan membuat aplikasi perbankan atas talian.

Macam Mana Cara Nak Daftar BSN Online??

Perbankan atas talian mendapat permintaan yang sangat tinggi pada masa kini. Disebabkan itu, kebanyakan bank mula mewujudkan perbankan atas talian begitu juga dengan BSN. BSN juga mula mewujudkan sistem BSN online yang di panggil MyBSN. Ia bertujuan untuk memudahkan urusan para pelanggan mereka untuk melakukan transaksi perbankan.

Untuk anda yang nak mendaftar MyBSN, ada beberapa cara yang boleh anda lakukan. Antaraya ialah:

1- Log Masuk Dahulu

BSN online

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan log masuk ke Website Rasmi MyBSN. Kemudian, bagi yang baru pertama kali mendaftar anda perlu tekan butang “Demo/Daftar”. Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian “terma dan syarat”. Baca segala terma dan syaratnya dengan teliti dan kemudian klik di butang ” Accept” dan butang “Next”.

2- Masukkan Maklumat Peribadi Anda

BSN Online

Selepas itu, anda akan di bawa ke bahagian pendaftaran. Di sini anda perlu mengisi segala maklumat penting yang di perlukan. Antaranya:

  • nombor kad kredit/debit
  • -nombor pin kad (untuk kad debit sahaja)
  • -CVV2 (tiga digit terakhir yang tertera pada belakang kad kredit/debit)
  • -tarikh luput kad kredit/debit
  • Nombor IC/Passport

Baca Juga: Tabung Haji Online: 3 Cara Daftar dan Perkhidmatan Yang Ditawarkan

Tapi pastikan anda telah mempunyai kad debit/kad kredit BSN terlebih dahulu. Ini kerana, perkhdimatan BSN online hanya di sediakan untuk mereka yang membuka akaun di BSN sahaja.

3-Cipta Nama Pengguna

Selepas selesai proses di atas, anda akan di bawa ke bahagian yang seterusnya. Di sini anda perlu mecipta nama dan juga password akaun anda. Untuk password dan nama pengguna letaklah yang mudah untuk anda ingat supaya mudah untuk anda og masuk nanti.  Jangan sesekali serahkan nama dan password akaun anda kepada orang lain.

Selepas anda selesai menetapkan nama dan password, anda boleh nombor OTP. Nombor OTP hanya akan di hantar ke nombor telefon yang anda daftarkan sewaktu mula-mula anda mendaftar untuk pembukaan akaun bank BSN anda.

Setelah selesai ke semua proses pendaftaran, barulah anda log masuk semula ke akau BSN online dengan menggunakan nama dan password yang anda daftar tadi.

Apa Perkhidmatan Yang Di Tawarkan Dalam BSN Online??

Di dalam website MyBSN ada bermacam perkhidmatan yang di tawarkan. Antaranya ialah:

  • Pertanyaan Baki
  • Pemindahan Dana
  • Pembayaran Bil
  • Pembayaran Kad Kredit
  • Pembelian SSP
  • Pembelian Pin

BSN Online Sangat Memudahkan Kita Dalam Urusan Perbankan

Kesimpulanya, dengan adanya sistem perbankan onlin macam BSN online ia sebenarnya sangat membantu kita dalam urusan perbankan kita. Terutama sekali jika kita terlalu sibuk dengan tugasan seharian jita. Jadi, apabila ada perbankan online sebegini, kita boleh melakukan urusan perbankan kita pada bila-bila masa sahaja dan di mana sahaja.

Justeru itu, tidak hairanlah perbankan online sangat penting pada masa kini terutama sekali buat mereka yang sibuk dan tidak mempunyai masa untuk pergi ke bank.

 

 

 

Leave a Comment