Jawatan Kosong Kerani dan Kerani Am Dibuka Permohonan.
Kerani am pejabat melaksanakan pelbagai tugas perkeranian dan pentadbiran menurut prosedur yang ditetapkan.
Kerani am pejabat menjalankan pelbagai tugas yang telah dikelaskan dalam mana-mana pekerjaan perkeranian pejabat yang khusus dan memerlukan pengetahuan yang terhad dalam sistem dan prosedur pengurusan pejabat.
Tugasan melibatkan membantu tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sebagai contoh aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tanah; pendaftaran, pelupusan, pungutan hasil, pembangunan dan tugas-tugas lain yang berkaitan; Tugas perkeranian juga boleh ditetapkan menurut prosedur pejabat dan merangkumi menjawab telefon, membuat kunci kira-kira, menaip atau pemprosesan kata, pentrengkasan, pengendalian mesin pejabat, pemfailan, rekod dan membantu khidmat pelanggan.
Tugas merangkumi:
- merekodkan, menyediakan, mengisihkan, mengelaskan, dan memfailkan maklumat;
- mengisihkan, membuka, dan menghantar mel;
- membuat fotokopi dan memfaksimile dokumen;
- menyediakan laporan kerja rutin;
- merekodkan pengeluaran peralatan kepada kakitangan;
- melayani panggilan telefon atau pertanyaan elektronik dan menyambungkan kepada orang yang berkenaan;
- menyalin maklumat ke dalam komputer, dan membaca pruf serta membetulkan salinan;
- membantu tugasan khidmat pelanggan
- menjalankan tugas yang berkaitan;
- menyelia, menjadual dan memantau tugasan pekerja lain.
Maklumat Jawatan :
Tawaran adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon bagi mengisi jawatan kosong di Perkhidmatan Awam sebagaimana berikut:
1. KERANI
2. KERANI AM
CARA PERMOHONAN
Permohonan dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia. Pemohon dimestikan memenuhi syarat kelayakan yang telah dinyatakan di iklan. Permohonan hendaklah disertakan dengan Resume / CV, maklumat penuh peribadi, gambar serta dokumen-dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan dan sijil akademik.
Permohonan hendaklah dihantar mengikut cara yang dinyatakan di iklan / mohon online (SILA RUJUK IKLAN). Bagi permohonan online kali pertama, pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat pengisian maklumat yang diperlukan dalam sistem. Calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga.
Join Telegram : MYINFOKERJA
Lokasi : PELBAGAI NEGERI
Tarikh Tutup : 21 FEB 2021