RM1500 Bakal Dilaksana Pada Hari Pekerja

RM1500 Bakal Dilaksana Pada Hari Pekerja

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, pekerja di Malaysia akan menerima penetapan kadar gaji pekerja minimum yang baharu iaitu pada jumlah RM1,500 sebulan bermula pada 1 Mei 2022. Ini mungkin satu berita yang menggembirakan kepada setiap pekerja Malaysia yang mempunyai pendapatan bulan yang kurang daripada RM1,500 sebulan.

Gaji Minimum, RM1500 Bakal Dilaksana Pada Hari Pekerja
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melakukan pengumuman pelaksanaan kadar baharu gaji minimum itu ketika berucap di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC)

Kali Terakhir Gaji Minimum Dinaikkan Adalah Pada 2020

Untuk rekod setakat ini, gaji minimum telah dinaikkan pada 1 Februari 2020 iaitu dengan kenaikan RM100 daripada RM1100 ke RM1200 Sebulan pada sesi pembentangan Bajet 2020. Maka pada dua tahun lepas, kita dapat lihat yang gaji minimum untuk perkerja Malaysia adalah sebanyak RM1,200 sebulan dimana jumlah ini mungkin masih tidak mencukupi bagi rakyat yang mempunyai tanggungan yang agak ramai.

Maklumat Lanjut

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila muat turun PERINTAH GAJI_MINIMUM WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN : KLIK DI SINI

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

FOLLOW JUGA TELEGRAM: Portalsemakan

Leave a Comment